Friday, April 20, 2012





Sahabat yang sejati




Sahabat itu indah...


Rasulullah pernah bersabda,'Agama seseorang itu terletak diatas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya'
Oleh itu,kita haruslah berhati-hati didalam memilih sahabat.Baik dan buruknya sahabat itu kerana Agamanya yang dibawanya membawa kebaikan kepada akidah dan cara perlakuan kita.Terdapat banyak jenis sahabat yang kita boleh lihat sekarang,samada sahabat sementara,sahabat maksiat,sahabat yang menjatuhkan,sahabat yang yang kekal dan banyak lagi.

Adapun kisah sahabat,terdapat kisah sahabat yang berlainan daripada jenis sahabat-sahabat yang tersebut diatas.Iaitu sahabat yang mencintainya sahabat kerana Allah.Sejauh manakah kisah ini akan berterusan?bilamanakah sahabat itu mengetahui situasi yang sebenarnya?apakah hukumnya jika sahabat itu mencintai sahabatnya?dosakah kiranya sahabat itu mencintai sahabatnya?sebab persahabatan selalunya berakhir dengan percintaan,namun x ramai percintaan yang berakhir dengan persahabatan.

Benarkah percintaan itu setelah berkahwin mengandungi seribu rasa yang istimewa yang tidak terhinggakan.Saya ada seorang pensyarah,beliau selalu bercerita kepada kami mengenai cabaran dalam percintaan sebelum berkahwin,malah dia pernah bercinta ketika di alam pengajian.Namun,ironinya bf nya kini sudah sah menjadi suaminya.Beliau sering memuji suaminya.beliau menceritakan bahawa suaminya seorang yang biasa,daripada keluarga yang biasa,kehidupan yang biasa,namun agamanya sungguh luar biasa.Meskipun kini mereka sudah berkahwin,percintaan itu makin kukuh apabila istiqamah cinta saling berterusan melalui salur-salur agama yang mengasyikkan.Beruntungnya pensyarah itu.

Andainya saya juga bersifat demikian,namun akhirnya fitrah ini selalu menguji.Fitrah yang Allah berikan kepada hamba-NYA,jika terleka mudah sesat,dan akhirnya terus bergelumang dengan maksiat-maksiat yang telah menghantui seluruh umat manusia kini.Benarkah,didalam percintaan itu pasti ada pengorbanannya.Pengorbanan daripada segi harga diri,sebagai bukti dan tanda kasih sayang.Perlukah semuanya itu?Sejauh manakah akhirnya percintaan itu bertahan.Dan kemanakah akhirnya hala tuju percintaan itu.Fenomena ini sering kali menghambat media-media massa kini yang semakin bertambah parah,timbulnya beberapa manusia yang bertopengkan manusia,bertopengkan agama,bertopengkan kebaikan sedekah semata-mata.

Jika berterusan,kadar jangka masa yang yang diimpi-impikan hanyalah suatu angan-angan ataupun mimpi indah yang tidak mampu untuk digapai.Persahabatan itu bukan untuk menjerumuskan,namun untuk mengingati diri sendiri.Sahabat yang istimewa adalah sahabat yang menemaninya susah dan senangnya hidup,berkongsi hidup dan salingn mencintai kerana Allah.Saya menginginkan seseoarng wanita solehah yang mampu untuk mengingatiku sepanjang saya berada didunia indah ciptaan-NYA ini,supaya saya dapat berbakti kepada agama disamping membimbing anak-anak pejuangku nanti.

Ya ALLAH,temuilah akan daku sahabat itu,mudah-mudahan dia mampu untuk mengingatiku sepanjang kehidupanku kerana-MU,demi anakku demi-MU,memperjuangkan jalan-jalan kebenaran hanya keranaMU,sebelum Israfil meniupkan sangkala-MU yang agung.Amin... sahabatku yang teristimewa,saksikanlah betapa dasyatnya dunia ini,ketakutan ini memerlukan dirimu untuk Menopangku seumur hidupku demi kerana-NYA.





4 comments:

  1. smoga firdaus sntiasa dberi rahmat kash syg Allah.smoga firdaus mndapat shabat yg baik yg mmbawa ke arah kebaikan.smoga fidaus diberi kefahaman agama olh Allah swt."iza arodallahu ábdihi khoiro,faqqohahu fidin":brg siapa hamba Allah yg Allah kehendakinya baik,maka diberiNya kefahaman agama..

    ReplyDelete