ISLAM YANG SEBENAR?
Dalam bahasa Arab, perkataan "Islam" bermaksud
"tunduk" atau "patuh". Jika seorang Muslim ditanya,
"Apakah itu Islam?", biasanya dia akan menjawab, "Agama yang
tunduk kepada Allah, satu-satu Tuhan yang benar."
Jawapan ini terlalu ringkas. Untuk memahami Islam yang
benar, satu gambaran yang jelas yang diperlukan. Untuk mendapat gambaran yang
jelas ini, satu penelitian sejarah diperlukan.
Islam Dalam Sejarah
Sebelum Islam bertapak di tanah Arab di bawah pimpinan
Muhammad, terdapat empat jenis kepercayaan yang berpengaruh di sana iaitu:
Arab Jahiliah
Mereka ini penyembah-penyembah berhala yang percaya kepada
satu Tuhan yang Maha Tinggi, dewa-dewi dan berbagai jenis kuasa ghaib. Walaupun
begitu, sebilangan besar daripada mereka (terutamanya bani Quraisy di Mekah) mengaku
diri mereka dari keturunan Ibrahim.Rumah berhala mereka yang terkenal ialah Kaabah yang
bertempat di Mekah. Di dalamnya terdapat berbagai objek-objek pujaan dan
berhala.
Yahudi
Pada zaman nabi Muhammad, terdapat ramai orang Yahudi di tanah
Arab. Sebilangan besar dari mereka bukan Yahudi sejati melainkan yang telah
memeluk agama Yahudi. Menurut Yaqubi, bani Yahudi Quazah dan Nadhir di Madinah
merupakan suku-bangsa Arab Jurham yang telah diyahudikan.
Orang Yahudi pada masa itu lebih berpengetahuan tentang
dongeng rakyat dan tulisan ulama mereka daripada apa yang sebenarnya di tulis
dalam Taurat. Malah, ada yang telah lupa bahasa asal mereka dan tidak dapat
lagi membaca kitab Taurat yang ditulis dalam bahasa Ibrani. Kerana ulama-ulama
Yahudi sahaja yang memahami kitab Taurat, ayat-ayat dari kitab itu terpaksa
diterjemahkan secara spontan ke dalam bahasa Arab dalam upacara-upacara
sembahyang umum.
Kristian
Orang yang pertama menjadi Kristian ialah orang Yahudi.
Mereka berbeza dengan orang Yahudi lain kerana menerima Isa sebagai Al-Masih
yang telah dijanjikan Allah. Apabila semakin ramai orang bukan-Yahudi memeluk
agama Kristian, mereka mula membentuk identiti mereka sendiri. Pada zaman nabi Muhammad,
orang Kristian telah wujud selama enam ratus tahun. Dalam masa yang singkat
itu, agama Kristian berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah.
Akan tetapi orang Kristian pada masa itu telah pudar
semangat dan banyak ajaran-ajaran sesat telah berjaya memecahbelahkan penduduk
Kristian kepada kelompok-kelompok yang bertentangan fahaman. Ramai orang keliru
tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak berpeluang
membaca Alkitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu
yang diperdebatkan.
Suasana ini merebak ke tanah Arab yang pada masa itu tidak
memiliki Alkitab dalam bahasa Arab. Orang Kristian di tanah Arab pada masa itu
terdiri dari golongan Nestoria, Baizantin dan Monofisit. Golongan Baizantin dan
Monofisit merupakan dua golongan paling berpengaruh dan merekalah yang
menimbulkan perbalahan apabila memanggil Maryam, Ibu Tuhan. Maka tidak
hairanlah jika suasana seperti itu telah menghalang nabi Muhammad daripada
mendapatkan ajaran Kristian yang benar.
Akhirnya, penyebaran ajaran-ajaran sesat ini dapat disekat
dan dibetulkan. Prosesnya mengambil masa yang lama kerana campur tangan
berbagai pihak yang berkuasa. Apabila umat Kristian berjaya bangkit dari
kemelut akidah yang telah memecahbelahkan mereka, Islam telah pun bertapak di
Timur Tengah dan Afrika Utara.
Hanif
Perkataan Hanif bermaksud "Dia yang berpaling"
iaitu daripada penyembahan berhala. Orang Hanif ialah orang Arab Jahiliah yang
telah dipengaruhi oleh fahaman Yahudi dan Kristian lalu mereka menolak amalan penyembahan
berhala. Mereka tidak berjemaah tetapi percaya agama yang benar ialah agama
yang dipegang bapa bangsa mereka,nabi Ibrahim r.a.
Agama Yahudi, Kristian dan Islam masing-masing menuntut
mewakili agama nabi Ibrahim yang sebenar. Adalah menarik bahawa dari empat Hanif
yang diceritakan oleh Ibn Ishaq, tiga daripada mereka menemui kebenaran yang
dicari-cari mereka dalam agama Kristian.
Hanif yang pertama ialah Waraqah bin Naufal, sepupu
Khatijah, isteri pertama nabi Muhammad S.A.W. Dia memeluk agama Kristian dan menjadi seorang
Kristian yang terpelajar. Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani nabi Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam. Selepas kematiannya, nabi Muhammad
telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda
Waraqah selamat di syurga.
Hanif kedua ialah Abdullah bin Jashy. Pada mulanya dia
memeluk agama Islam tetapi kemudiannya memeluk agama Kristian setelah berhijrah
ke Habsyah akibat penganiayaan di Mekah. Abdullah selalu bersaksi kepada
pelarian Islam yang lain tentang pengalaman rohaninya yang baru itu. Dia pernah
berkata, "Kami (Kristian) melihat dengan jelas tetapi kamu (Islam)
mengerdip mata sahaja." Maksudnya jelas – Abdullah percaya bahawa orang
kristian mempunyai pandangan yang jelas dalam hal-hal rohani manakala Islam masih
belum berjaya melihat terang kebenaran Allah.
Hanif yang ketiga ialah Usman bin Huarith. Dia merupakan
saudara isteri pertama nabi Muhammad dan memeluk agama Kristian semasa di Baizantin.
Hanif yang keempat, Zaid bin Amru, tetap Hanif sampai akhir
hayatnya. Dikatakan dia selalu berdoa, "Ya Allah. Jika aku tahu jalan mana
yang paling Engkau berkenan, aku akan menyembah-Mu dengannya. Tetapi aku tidak
tahu."
Sebelum kerasulannya, nabi Muhammad merupakan seorang Hanif. Pada
setiap tahun, di bulan Ramadan, dia akan pergi bertapa di Gua Hira yang
berdekatan dengan Mekah. Amalan ini sebenarnya berasal daripada orang Kristian
di Syria yang kemudiannya menjadi popular di kalangan orang Arab.
Mengikut ajaran Islam, kenabian nabi Muhammad bermula pada satu
malam pada bulan Ramadan apabila dia terdengar satu suara menyuruh dia
"mengucap" (yakni ayat-ayat Al-Quran yang bakal diturunkan
kepadanya). Suara ini didengarnya ketika dia sedang bertapa di Gua Hira.
Apabila dia mempertimbangkan kata-kata tersebut, malaikat Jibrail telah
menjelma dan memberitahunya, "Muhammad! Engkaulah rasul Allah."
Pada mulanya nabi Muhammad menyebarkan mesej Islam di kalangan
orang Arab sahaja. Selepas dia berhijrah ke Madinah (yang banyak berpenduduk
Yahudi), dia cuba memujuk orang Yahudi menerimanya sebagai seorang nabi setaraf
nabi-nabi dalam kitab Taurat.Nabi Muhammad mengelar orang Yahudi dan Kristian
"ahli-ahli kitab". Walaupun begitu, orang Yahudi menentang nabi Muhammad dan
menolak mesejnya. Mereka yakin kitab suci mereka tidak menyatakan apa-apa
tentangnya.
Apabila ditanya sama ada orang Islam orang Yahudi atau
Kristian, Al-Quran mengarahkan orang Islam untuk memberi jawapan ini:
'Berkata mereka itu: Beragama Yahudilah kamu, atau beragama
Nasrani, supaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah: Bahkan agama Ibrahim yang
lurus (kami ikut), dan bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik. Katakanlah:
Kami telah beriman kepada Allah dan (Kitab) yang diturunkan kepada kami dan
apa-apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan anak-anaknya
(begitu juga kepada kitab) yang diturunkan kepada Musa dan Isa, dan apa-apa
yang telah diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka, tiadalah kami
perbezakan seorang juga di antara mereka itu dan kami patuh kepada Allah. Maka
jika mereka beriman seperti keimanan kamu, sesungguhnya mereka mendapat
petunjuk; tetapi jika mereka berpaling (tiada beriman seperti keimananmu), maka
hanya mereka dalam perpecahan (dengan kamu); maka engkau akan dipeliharakan
Allah dari kejahatan mereka, dan Dia Maha mendengar, lagi Mahamengetahui.' (2
Surah Al-Baqarah ayat 135-137)
Apabila ayat-ayat ini yang dipandang dari sudut sejarah,
maka jelaslah agama Islam merupakan satu panggilan untuk kembali kepada agama
Ibrahim dan mesej nabi-nabi Allah. Apakah ini telah dilakukan penganut agama
Islam? Apakah Islam hari ini mewakili agama Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaqub
yang sebenar? Apakah kitab Musa dan Isa ditaati hari ini oleh pengikut Islam?
Agama Ibrahim
(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Islamlah
engkau! Jawabnya: Saya telah Islam(patuh mengikut) Tuhan semesta alam. (2 Surah
Al-Baqarah ayat 131)
Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan
mukanya kepada Allah sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang
lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai tolan (sahabat). (Surah
An-Nissak ayat 125)
Agama Ibrahim ialah agama penundukan dan ketaatan kepada
perintah-perintah Allah. Ibrahim menikmati banyak berkat kerana kejayaannya
tunduk dan taat kepada Allah. Dia telah diberi anak yang soleh walaupun sudah
berusia, anaknya ditebus Allah ketika Ibrahim patuh kepada arahan Allah
(melalui mimpi) untuk menyembelih anaknya dan dia dijadikan imam bagi manusia.
Akan tetapi berkat paling besar dialami Ibrahim ialah penghormatan menjadi
sahabat Allah.
Bagaimana dengan kita hari ini? Apakah kita berjaya tunduk
dan taat kepada perintah-perintah Allah?sungguh kerdilnya diri ini sekiranya ditanya persoalan seperti ini.Sungguh malunya diri ini,seumpama sebuah gunung menjadi secebis debu.Ya Allah,sesungguhnya kami diantara orang-orang yang zalim..
Apabila mengenangkan semula peristiwa nabi Muhammad S.A.W dalam memperjuangkan Islam,terkedu hati ini.Apakah yang boleh aku lakukan untuk Islam..Ya Allah...
@kepada sesiapa sahaja yang berada diluar sana,yang mengalami persoalan-persoalan NON-MUSLIM khususnya,tinggalkanlah pesan.Saya tidak mempunyai apa-apa yang luar biasa,namun saya mempunyai sahabat-sahabat yang luar biasa.Percayalah,Islam ada jawapan bagi segala-galanya..insyaallah..@
No comments:
Post a Comment