Saturday, June 2, 2012

asigment penderaan perundangan ^_^


DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN PENDIDIKAN ISLAM
DTM
TUGASAN PERTAMA
TAJUK:ISU PENDERAAN DAN HAK KANAK-KANAK
DISEDIAKAN UNTUK:
Encik Safar
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD NURFIRDAUS B. ABDULLAH SAIHING
A1002130








PENDAHULUAN

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Allah ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan media-media massa.  Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi  mental. Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.
Menurut Zulazhar Tahir dalam artikel “Meninjau Isu Penderaan Kanak-Kanak Dari Perspektif Akta Kanak-Kanak 2001” dalam buku “Siri Undang-Undang Mimi Kamariah Akta Kanak-Kanak 2001” telah menghuraikan seksyen 17(1) iaitu pembahagian jenis-jenis penderaan. Pertamanya adalah penderaan fizikal jika ada substantial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak seperti lelasan, parut, disioklasi, seliuh, pendarahan, luka, terbakar, melecur dan sebagainya dibawah penderaan fizikal. Manakala dari sudut emosi pula jika ada gangguan yang substantial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak seperti kemurungan, penyendirian dan keresahan. Seterusnyan teraniaya dari segi seksual seperti pengambilan fotografi, rakaman, filem dan sebagainya dibawah tafsiran ini. Melihat kepada kesan-kesan fizikal, emosi dan juga seksual jelaslah bahawa kanak-kanak hanya dijadikan sasaran ibu bapa, penjaga atau mana-mana orang yang tidak bertanggungjawab.
Mengikut wikepedia penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah penderaan fizikal,mental dan seksual.
           



Keadaan itu perlu diambil serius memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa.
            Pada bulan Mac 2010 kita dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan dalaman yang kritikal sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut telah didapati bersalah dan telah di jatuhi hukuman mati oleh mahkamah.
Penderaan ini tidak akan berlaku jika sekiranya sang pendera itu mempunyai nilai-nilai dan sifat agama yang kukuh dalam diri pendera tersebut.Apa yang menjadi persoalan kini adalah apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku serta apakah langkah-langkah yang boleh dibuat agar dapat mengatasi kes penderaan yang kini semakin membimbangkan khususnya di Malaysia.

 Faktor-faktor penderaan

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja,mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja,akhirnya dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak mereka sendiri.Adalah menjadi kebiasaan anak-anak yang masih kecil suka merengek dan bermanja kepada ibubapa kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa.Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka terhadap anak-anak kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini akan memukul,menerajang,mencucuk putung rokok,atau sebagainya.Selain itu juga,ibubapa yang penat dan letih apabila seharian bekerja mudah untuk membuatkan mereka berfikir diluar batasan minda apabila mereka mula melepaskan kemarahan pada kemanjaan anak mereka.
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu.Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak mereka sendiri.Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain,sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka.Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan.Ibubapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak mereka.Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna.Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang.Seseorang ketua keluarga yang baik haruslah berfikiran jauh.Perkara yang perlu difikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi untuk masa depan yang masih panjang..Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar.Contohnya,suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.Ini disebabkan oleh masalah dalaman antara ayah dan isterinya.Sikap ketidakpuasan hati dengan apa yang diberi sama ada daripada segi keperluan batin ditambah pula dengan sejarah lampau juga menyebabkan mereka lupa dan lalai dengan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan ayah seterusnya mendera anak-anak mereka sendiri.

Selain itu juga,Ibu bapa yang ketagih dengan dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak.Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka.Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan si penagih lupa diri dan khayal,apabila mereka khayal,mereka tidak mampu untuk berfikiran dengan waras seperti manusia normal.Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa.Keadaan ini terjdi kerana ibubapa yang mendera itu suatu ketika dulu amat sosial dan agresif.Mereka masih tidak dapat membuang sikap agresif dan ganas mereka setelah menjadi suami atau isteri,apatah lagi jika sekiranya mereka ketagih dengan dadah serta arak.Sebagai contohnya,seorang ayah yang tidak bekerja,ketagih dengan dadah,apabila beliau tidak mempunyai duit untuk membeli dadah,maka si ayah itu akan balik ke rumah dan meminta duit daripada isterinya,dan jika sekiranya isterinya tidak memberikan duit,maka si ayah menggunakan si anak sebagai tebusan.Selagi mana si isteri tidak memberikan duit,maka si ayah akan mencederakan si anak supaya si isteri berlembut hati.
Faktor ini adalah salah satu factor yang agak popular dan sering ditayangkan didalam sketsa kehidupan manusia seperti media massa ataupun didalam penulisan novel.Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akan berkahwin lain.Maka ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya.Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak ini tidak berlaku sewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini tidak berada di rumah. Ayah atau ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini sewaktu ibu atau ayah mereka tiada.Jika di depan,dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut.Pada kebiasaannya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal dan penderaan yang dilakukan ayah tiri bersifat fizikal dan seksual.Situasi ini disebabkan oleh sikap ibu atau ayah tiri yang cemburu dengan perkahwinan sebelumnya oleh isteri atau suaminya.Ataupun disebabkan oleh pergaduhan diantara anak ibu tiri itu sendiri dengan anak tirinya.
 Selain itu juga,nilai dan sifat didikan agama yang kurang daripada pihak ibubapa merupakan pangkal utama kepada semua kes  berlakunya penderaan kanak-kanak.Seorang ayah yang mempunyai didikan agama yang kuat mampu untuk berfikir dengan waras walaupun berada didalam keadaan yang tertekan kerana tingginya hubungan beliau dengan penciptanya serta mempercayai ujian itu datangnya daripada Allah dan wajib menerimanya sebagainya qada dan qadar,namun jika si ayah itu adalah seorang yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh,maka jadilah apa yang terjadi sekarang.Demikian juga halnya kepada wanita-wanita yang beragama,malah si isteri lebih besar peranannya didalam mendidik anak-anak.Ini kerana merekalah yang menyusukan anak,dan sebagainya.Malah menurut kajian,pada awal kanak-kanak,individu yang paling terdekat dengan kanak-kanak merupakan ibu mereka sendiri berbanding dengan seorang ayah.
Oleh itu,peranan setiap individu sekeliling dengan kanak-kanak haruslah peka dengan situasi ini.Untuk memerangi penderaan kanak-kanak,setiap pihak haruslah sentiasa bekerjasama demi untuk kepentingan bukan sahaja kepada Negara,akan tetapi kepada hak kanak-kanak itu sendiri.Langkah-langkah penyelesaian haruslah segera dibuat dan dilaksanakan.
 Langkah-langkah penyelesaiannya.
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.[31]

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).[32]
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). [33]
(Al-Isra’, ayat 31-33)

            Berdasarkan kepada firman Allah ini,jelas sekali hukumnya kepada para pendera yang telah menzalimi hak dan kebebasan kanak-kanak.Langkah yang ingin ditekankan disini adalah didikan agama kepada para ibubapa sebelum berkahwin ataupun sebelum berumah tangga.Ini bagi mengelakkan mereka melakukan penderaan kepada anak-anak mereka kelak.Sudah semestinya,mereka yang mempunyai didikan agama yang kuat akan mampu untuk menahan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah kerana azab yang akan membalasnya.Dalam hal yang seumpama ini,maka bakal isteri ataupun suami hendaklah bijak dan pandai untuk memilih pasangan hidup mereka sendiri.Jika bakal pasangannya itu mempunyai sikap yang rumit maka,bersedialah untuk menjalani kehidupan yang rumit.Merujuk kepada suatu perkataan iaitu,lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya.Oleh itu,untuk membendung masalah ini didikan agama dari awal perlulah dilaksanakan dari awal terutamanya daripada intitusi sekolah,ibubapa terdahulu serta pihak kerajaan.
           Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya,jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak.AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.Muhammad Al-Hajjar dalam buku “Wahai Ibu Ajarkan Aku Solat Yang Benar” menjelaskan bagaimana cara seorang ibu menegur anaknya yang bernama Hasan apabila melakukan kesalahan, dan teguran ini wajarlah diaplikasikan terhadap anak-anak bukannya dengan mendera.
Dalam buku Muhammad Hassan “ Seorang Ibu Bukan Sebarangan Ibu ” terbitan Dewan Pustaka Fajar menceritakan watak Rabiah iaitu seorang anak yang dididik sehingga dikagumi masyarakat, antara tips yang diselitkan dalam kisah ini adalah ibu bapa haruslah bersabar dalam mendidik anak-anak dan melaksanakan pendidikan berlandaskan hukum yang ditetapkan oleh Islam.
Muhammad Abdul Rauf dalam buku “Wanita Dan Keluarga Dari Pandangan Islam” yang mana menekankan aspek kepimpinan suami atau bapa sebagai pelindung bukannya sebagai pendera, dan isteri atau ibu sebagai pembantu yang penyokong suami serta mendidik anak-anak. Kebajikan anak-anak juga adalah tanggungjawab ibu dan bapa serta penjaga agar mereka kelak melakukan perkara yang sedemikian kerana melihat kebertanggungjawaban penjaga mereka.Kesimpulannya kita fikirkan sepotong ayat dari surah Al-Nisa’ ayat 9:“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”
Kita fikirlah dengan mendalam ayat ini agar ianya tersemat didalam hati sanubari setiap insan di atas muka bumi ini.
            Akta Kanak-Kanak 2001 ini seharusnya dikuatkuasakan dengan ketat sewaktu mula diwartakan agar masyarakat takut untuk melakukan perkara tidak bermoral tersebut.Sepatutnya bukan baru-baru ini dihebohkan tentang isu penguatkuasaan Akta-Kanak-Kanak 2001 tetapi berpanjangan dan berterusan.Masalah yang timbul adalah ada segelintir masyarakat yang mula sangsi dengan penguatkuasaan akta ini kerana mereka beranggapan sebelum ini Akta Kanak-Kakak 2001 ini hanya dijadikan perhiasan untuk ditonton dan bukannya untuk dikuatkuasakan.Beberapa pertubuhan NGO seperti Teras Pengupayaan Melayu (TERAS),UMMAHAID dan PRIHATIN MALAYSIA memandang bahawa penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 ini bukanlah soal yang perlu diperkatakan dan dipertekanankan tetapi soal literasi terhadap akta ini yang perlu diperluaskan agar masyarakat faham dan sedar.Bertepatan dengan cadangan Prof Madya Dr. Raihanah Abdullah dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya yang mana menyatakan media haruslah memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan dengan masalah ini dan kesannya jika masalah ini diambil enteng dan perlulah berlandaskan perspektif agama dan undang-undang.
Kanak-kanak haruslah juga didedahkan tentang penderaan ini, yang mana di peringkat sekolah sendiri seharusnya meleetakkan satu bab dalam subjek-subjek berkenaan sama ada Agama,Pendidikan Moral atau sebagainya untuk menyatakan apakah kewajaran yang harus dilakukan oleh kanak-kanak yang didera seperti membuat laporan pada guru dan dipanjangkan ke pihak Polis untuk diambil tindakan.Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan program atau kempen bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap ibu bapa serta penjaga agar mereka sedar permaslahan ini.Pihak-pihak seperti Jabatan Agama Islam negeri-negeri haruslah meletakkan tajuk “Pendidikan Anak-Anak” ini dalam kursus pra perkahwinan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga.Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak.Menyingkap dari sudut Islam yang mana anak-anak yang dilahirkan haruslah dijaga dan dipelihara dengan kasih sayang bukannya untuk didera. Istilah penderaan dalam Islam adalah tidak wujud untuk anak-anak, yang ada cuma istilah mendidik dengan kaedah yang digariskan oleh hukum syarak.
Pendahuluan
 Sesungguhnya kanak-kanak memerlukan perlindungan dan jagaan yang sempurna, termasuk perlindungan undang-undang kerana mereka masih belum matang dari segi zahir dan batin serta perlu dilindungi hak asasi mereka.Kanak-kanak seharusnya menikmati satu keadaan yang selamat di mana sahaja mereka berada.Mereka harus dibesarkan dalam keadaan sihat,tenteram dan ibubapa serta guru-guru mereka perlu memberi perlindungan yang sepenuhnya.Inilah kehidupan kita dalam era modenisasi di mana anak-anak membesar dalam dua tangan iaitu separuh hari bersama ibubapa di rumah dan separuh hari lagi bersama guru-guru atau kakitangan sekolah.Jika persekitaran rumah atau keluarga kanak-kanak tidak lagi selamat, maka guru dan kakitangan sekolah adalah  tempat anak-anak mengadu dan berlindung.Maka guru dan kakitangan sekolah terutamanya pekerja sosial sekolah merupakan pihak yang amat penting dalam membantu menangani pencegahan awal kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.Satu lagi fakta yang mungkin sukar untuk diterima oleh masyarakat mengenai penderaan ialah semua orang tidak kira apa jua latar belakang, jantina, tahap pendidikan atau sosio ekonomi mereka,berpotensi melakukan penderaan.
Mungkin dalam fikiran kita perwatakan mereka yang melakukan penderaan ialah seorang yang kejam, garang dan muka bengis, tidak semestinya.Ini kerana ada juga kes terdiri daripada mereka yang kelihatan baik dan berpendidikan tinggi.Kebanyakan kes berlaku secara spontan, berikutan dengan pertengkaran ibubapa atau penjaga (Sham Kasim 2004).Pada hakikatnya,krisis keluarga yang kompleks boleh memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja.Implikasi yang jelas  dalam kalangan kanak-kanak dan remaja menyebabkan penderitaan emosional serta gangguan kesihatan mental.Lama-kelamaan ia akan  berkembang menjadi bentuk kenakalan  yang  dikenali sebagai  delinkuen juvenil (juvenile delinquency).Kenakalan ini adalah produk daripada keadaan sekeliling masyarakat dan keluarga yang penuh dengan pergolakan sosial dalam era globalisasi.
Semua ini adalah bertujuan untuk membina insane yang berguna dan bakal menyumbang kepada Negara pada suatu hari nanti.Oleh itu setiap pihak haruslah bekerjasama untuk memberikan 100% komitmen untuk meneruskn usaha murni ini agar wawasan 2020 dapat dicapai demi kelangsungan pencapaian yang telah kita capai sepanjang era ini khususnya Malaysia.Kerana anak-anaklah yang mencorak masa depan Negara.  

No comments:

Post a Comment