zaman:kebangkitan empayar utmaniyyah
nama penuh:Muhammad Al-Fatih
taikh lahir:29 mac 1432
tempat lahir:Edirne
tarikh mangkat:3 mei 1481
nama bonda:Huma Hatun
Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya
adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk
mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis
tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui
kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman
Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah,
seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan
dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.
Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,
“Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan
mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.
Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun
kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah
dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda
dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik
tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 )
di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup
Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana
telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga
dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan
memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan
seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25
kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886
bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat
Baginda diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu.
Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan
dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan
pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda
oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang
cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa
Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi
dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di
dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika
memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12
tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia
yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah
matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan
kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang
hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam
dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam
dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat
baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa
membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat
batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama
bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani,
sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan
ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara
.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji
pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.
Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta
berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang
sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti
meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng
Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople
di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian
Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat
ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara,
dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya
antara 36 hingga 124 meter.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di
tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.
Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk
memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke
medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri
dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat
berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di
belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar
utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau
mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan.
Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya
rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak
yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.
Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi
dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi
dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai
besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat
tentera Byzantin.
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang
armada al-Fateh
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya,
mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan
Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut
kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk
Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy)
yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu
kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana
bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda
mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya
serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa
kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding
dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan
sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan
tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda
kejayaan telah menimbulkan rasa bosan
dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda
berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk
mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera
Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke
dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur
syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu
bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah
Allahu Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople
jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan)
. Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan
tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak
peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana
kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul
pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua
tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak
baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila
duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana
tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak
baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.
Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak
baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu
malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda
tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud
sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah
sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya
itu.
INGATAN
Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya...
suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh
melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun,
sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya
jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.
Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka
berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari
khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para
tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh
tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada
seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin
al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya
mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja
kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun
dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr
khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.
Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di
zaman al-Fateh
Jangan hanya berani melanggar larangan Allah, memakan benda
haram..
mcm mc hidup je kera,ke btl2 masih hidup ni? |
sedap sangat ke cik??kera yang dah dipanggang eaa?? |
>wahhh..ala-ala zaman jepun ye,kene potong kepala...
macam mayat hidup pn ada...
Rantai yang digunakan oleh tentera vatican menghalang armada tentera Al-Fateh..=)
No comments:
Post a Comment