Semalam asyik saya search sejarah-sejarah islam dekat goggle,tiba-tiba saya cukup tertarik dengan beberapa image yang agak menarik.Image yang berbentuk love sambil dipanah oleh anah panah.Pemanahnya saya tidak nampak pula.Lame saya memerhatikan image itu,cantik memang cantik,kemudiannya mata saya tertumpu pada tulisan tepi,kecil tapi still boleh dibaca lagi.Bunyinya 'No,I Won't Be Your Valentine'. Masyaallah,baru saya tersedar,gambar secantik ini rupa-rupanya lambang hari kekasih yang sentiasa disambut pada tanggal 14 febuari.Ya Allah,lain informasi yang saya nak cari,lain yang tercari,tapi best juga isu ni.Jadi saya mengambil keputusan untuk menulis tentangnya pada malam ini.Mungkin Allah bagi petunjuk kepada saya untuk menulis artikel ini,itu sebabnya ditakdirkan saya terlihat gambar itu semalam,masyaallah,besarnya kuasa-MU ya Allah..
Awas! Jerat Valentine’s Day
Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day
sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan
bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib
dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana
kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.
To be my Valentine?
Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan
‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh
teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari
bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang
Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno
ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak,
menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To
be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang
melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini
karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama
dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.Masyaallah,mengucapnya pun kira tak??
Mengapa Mawar Merah?
Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar
merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s
Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’.
Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan
kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan
bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati
kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos
karut.
Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula
dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang
buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan
kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian
mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui
sebabnya ia terus menjadi amalan.
Hukum Menyambut Valentine’s Day
Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa
menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan
Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan
ajaran Islam.”
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005
memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh
Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang
bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin
menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini.
Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan
As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan
hidup di dunia dan diakhirat.
Sejarah Valentine’s Day
Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day,
Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih
tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari
Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat
empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.
Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan
pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan
Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari
13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of
Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini
para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu
dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan
mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang
tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek
hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan
dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih
seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang
dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka
lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan
besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul
orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita
akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan
ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Semasa agama Kristian menguasai Rom,
mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa
Kristian. Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau
Pastor. Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I.
Pendapat Kedua
Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St.
Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua
(2) kisah berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan
Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi, hidup dengan penuh mitos
dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian. Para mubaligh Kristian telah
dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut
agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh
Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap tegar
mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di
samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan
ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine
diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan
oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan
yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine
disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus
dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam
penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan
di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta
kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada
Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk
meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St.
Valentine.
Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II, yang
berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan
masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan
berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Cladius II
menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian, St.Valentine
menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan
terhadap para pemuda Rom secara rahsia. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya
diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan
dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia
di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan
peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan
sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492
merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari
kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.Selain itu,mereka juga telah membunuh rakyat yang beragama islam melalui membuat perjanjian perdamaian.Mereka memberikan jaminan sebuah kapal sebagai kemudahan untuk para muslimin dan muslimat meninggalkan sepanyol,malang bagi kaum islam setelah mereka menaiki kapal sehingga kapal penuh dengan muatan,mereka dibakar hidup-hidup bersama-sama dengan kapal tersebut.
Pendapat Keempat
Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer,
seorang penyair Inggris di dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine ini
bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas
tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya
kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh
mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.
Makanya
Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media
mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine,
khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada
menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik
dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah
seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya
tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak
bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap
mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan
sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan
dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari
yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para
kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya
pada Valentine’s Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu
mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang
pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang
memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis
seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di
dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’
ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah
ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia
akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu
kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan
selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia
sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi
nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.
sekian sahaja untuk kali ini,artikel ni pun da makan masa yang panjang saya buat.Penat,tapi jika dibandingkan dengan penat dan pahala,=) siapa yang nak tolak pahala....insyaallah,moga-moga bermanfaat adanya..
assalamualaikum....
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
moga-moga para remaja pada masa kini dan pada masa akan datang dapat mengambil iktibar daripada cerita di atas....insyaallah...^__^
ReplyDeleteinsyaallah..kita sama-sama berdoa..
Delete