Saturday, February 15, 2014

perjuangan mujahid syria.

Assalamualaikum w.b.t..................

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim
peperangan di syria kini semakin memuncak,saban hari ada sahaja pembunuhan demi pembunuhan yang di lakukan oleh pimpinan basyar al-asad.Namun,ini tidaklah menghairankan kerana bagi mereka darah sunni halal dan harus untuk menumpahkan darah sunni.Teringat pada firman Allah Ta'ala Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Sesungguhnya tanggungjawab kita sebagai umat Islam amat berat.Setiap perkara yang kita lakukan didunia akan dikira Allah S.W.T walaupun sekecil zarah,nauzubillah minzalik.Oleh itu,apakah yang telah kita berikan sumbangan kepada mereka2 yang kini sedang berjuang untuk mempertahankan agama Allah S.W.T ?tepuk dada tanya selera..
Untuk mengupas lebih lanjut berkaitan dengan perkara ini,adalah lebih baik kita mengenal serba sedikit mengenai fahaman syiah yang kini semakin berleluasa di serata dunia,malah di malaysia juga kini,terdapat desas desus yang mengatakan bahawa angka pengikut amalan syiah sedang mencecah ratusan ribu penganutnya.
Syiah menurut beberapa para ulama tersohor berpendapat bahawa syiah diasakan oleh abdullah bin saba yang berpura-pura untuk menjadi seorang islam dan seterusnya menjadi duri dalam daging.Siapakah sebenarnya abdullah bin saba?beliau sebenarnya seorang sebelum menjadi islam adalah keturunan orang yahudi.Walaupun pada dasarnya,kita sebagai umat islam tidak boleh berpraangka buruk terhadap muallaf,sedang penulis juga seorang muallaf,namun pendapat kuat yang disepakati oleh para ulama harus juga kita ambil kira.
syiah sebenarnya adalah satu aliran polititk yang menyokong Khalifah Ali sebagai khalifah.Aliran ini pada mulanya dikenali sebagai sabayyiah yang merujuk kepada abdullah bin saba.Aliran inilah yang telah menyebabkan perpecahan dikalangan umat islam pada ketika itu,termasuklah kepada pembunuhan khalifah umar,uthman,ali dan saidtina husain.

Dan kini ia berlanjutan susulan peperangan di syria yang melibatkan peperangan diantara syiah dan sunni.Peperangan in bukanlah perang saudara yang sering kali di gembarkan gemburkan dalam media massa,kerana hakikatnya syiah bukan dari agama islam jauh aliran dengan sunni.

Di syria,peratusannya menunjukkan bahawa golongan syiah hanya merangkumi sebilangan kecil sahaja berbanding berbanding dengan golongan sunni secara majoritinya.Namun oleh kerana tampuk pemerintahannya dikuasai oleh pemimpin syiah,akhirnya golongan minotriti ini lebih berkuasa daripda golongan majoriti itu sendiri,iaitu sunni.

Bagi golongan syiah,darah dan wanita sunni merupakan halal bagi mereka.Oleh sebab itu,membunuh dan merogol wanita-wanita sunni halal dan mendapat pahala bagi mereka.Insiden ini dapat dilihat sentiasa berlaku hampir setiap hari di negara-negara arab yang dikuasai oleh syiah,itupun belum dilaporkan kes-kes terpencil yang mungkin berlaku di seluruh dunia secara keseluruhannya.

Dengan itu,timbulh fatwa-fatwa daripada pertubuhan ulama seluruh dunia untuk membantu golongan sunni di syria.Ia merupakan kewajipan kita sebagai penganut sunni sama ada anda pengikut mazhab yang berbeza.

banyak perkara yang boleh kita lakukan sebenarnya,meskipun kita tidak mampu untuk menyertai perang di syria,kita boleh memboikot,kita bolah mengumpul dana dan banyak lagi,dan yang paling penting senjta kita yang paling kuat dan jitu iaitu doa.Untuk mengembalikan semula daiyah Islamiah yang hebat,kita perlu membina sebuah negara yangmempunyai daulah.Dan pada saat itu,Islam bukan lagi dipandang agama yang tidak moden,hakikatnya Islam adalah agama moden dan sentiasa moden pada sepanjang masa.

Teringat kepada satu maksud sabda Nabi S.A.W yang mengatakan bahawa pada zaman yang kritikal ini,golongan kita yakni panganut Islam sangat ramai,namun sayang, kata Nabi,golongan ini umpama buih yang naik ke atas dan meletup.tiada apa-apa fungsi.Tidak cukup dengan itu,kata Nabi pada zaman kritikal kelak,umatku akan ditimpa satu penyakit,para sahabat bertanya,penyakit apa ya Rasullullah,kata nabi penyakit takut akan MATI.Sugguh,benar kata nabi,kita pada zaman sekarang nak menjadi seorang yang besar tapi tidak sanggup untuk kebawah.

Oleh itu,pada pendapat penulis untuk berjihad dan membantu saudara-saudara kita yang kini berhempas pulas berjuang di jalan Allah,kita hendaklah terlebih dahulu memperbaiki iman dan tauhid kita kepada Allah S.W.T..begitu ramai yang mampu berbicara tentang Islam,namun jarang sekali yang mengamalkannya.Begitu ramai yang bercakap tentang jihad,walhal tiada jihad dalam peribadi sendiri,begitu ramai yang menginginkan perkara yang besar,yang wajib pun tunggang langgang,nak seribu daya tak seribu dalih,kalau menginginkan banyak perkara jangan tingal banyak perkara..wallahu a'lam...

Sunday, June 17, 2012

andainya saya lebih dulu islam: Allah s.w.t berfirman:"Dan sesungguhnya Kami tel...

andainya saya lebih dulu islam: Allah s.w.t berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami tel...
: Allah s.w.t berfirman: "Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: 'Segala puji bag...

NABI SULAIMAN

Nabi Daud menjadi Raja Bani Israel hingga beliau mencapai usia lanjut. Berkat cara pemerintahan yang adil dan bijaksana, maka wujudlah keamanan, kemakmuran serta kemajuan di dalam segala lapangan di seluruh daerah kerajaan dan dirasai setiap warga kerajaan.
Kalau ada kejadian kecil saja yang menimpa rakyat, maka rakyat selalu memberitahukan kepada rajanya yang adil itu. Kejadian itu dapat diurus dengan segera oleh raja. Begitu pula kalau ada perselisihan antara rakyat dengan rakyat, tidak ada satu perselisihan pun yang terjadi yang tak dapat diselesaikan oleh Nabi Daud, dengan cara yang sebaik-baiknya dan seadil-adilnya pula. Nabi Daud dalam hidupnya diberkati oleh Allah dengan beberapa orang anak. Sulaimanlah yang paling pintar di antara anak-anak Nabi Daud itu. Kerana melihat akan kemajuan fikiran Sulaiman itu, Nabi Daud mempunyai kepercayaan penuh akan mulianya hari depan Sulaiman; sebab itu pendidikan kepadanya agak diistimewakan pula.
Setiap hari, Nabi Daud menyelesaikan beberapa perkara dan perselisihan antara rakyatnya, Sulaiman selalu berada disampingnya, agar Sulaiman bertambah jalan akal dan fikirannya dengan melihat sebab perselisihan dan cara cara penyelesaiannya yang ditetapkan oleh Raja Nabi Daud. Sekalipun Sulaiman dikala itu boleh dikatakan masih kecil, tetapi kerana kemajuan fikirannya yang luar biasa, dia telah dapat menangkap pelajaran dari apa yang disaksikannya itu, sehingga bertambah ilmu pengetahuan dan hikmat akalnya.Melihat kecekapan dan keluarbiasaannya itu, maka Daud telah menetapkan dalam hatinya, bahawa bila dia meninggal dunia nanti, maka Sulaimanlah yang akan menggantikannya menjadi Raja Bani Israel. Kerana ketetapan fikiran inilah makanya Sulaiman dididik demikian rupa, setiap hari melihat dan menyaksikan berbagai bagai perkara dan perselisihan yang diselesaikan oleh Nabi Daud.
Pada suatu hari, ketika Nabi Daud dan Sulaiman sedang duduk berdua, tiba tiba datang dua orang lelaki yang bermasalah untuk minta penyelesaian pula atas permasalahannya itu. Dengan segera Nabi Daud memeriksa perkara kedua orang itu dengan disaksikan oleh Sulaiman.
Seorang dari kedua orang itu lalu berkata: Saya mempunyai sebidang kebun yang sedang menghijau warnanya. kerana suburnya tanaman yang saya tanam di dalamnya, sehingga setiap orang yang melihat, akan gembira riang memandangnya. Tiba-tiba pada suatu hari, kebun itu dimasuki oleh kambing kepunyaan orang ini, sehingga semua tanaman yang sedang menghijau itu habis seluruhnya dimakan atau dirosakkan kambing itu.
Setelah ditanyakan kepada orang yang empunya kambing yang didakwa itu, dia pun membenarkan semua keterangan itu dengan tidak membantah sedikit pun. Hanya sekarang kedua orang yang bermasalah itu meminta ditetapkan hukum apa yang harus dijalankan. Nabi Daud menetapkan penyelesaian perkara ini, dengan mengambil kambing itu sendiri dari tangan orang yang empunya, lalu diserahkan kepada orang yang empunya kebun, sebagai ganti kerosakan tanaman yang disebabkan oleh kambing itu.
Tetapi Sulaiman yang baru berumur sebelas tahun itu dengan segera berkata: Penyelesaian cara begitu kurang tepat, ada cara yang lebih baik dan lebih adil.
Nabi Daud, kedua orang yang bermasalah dan semua yang turut hadir menyaksikan perkara itu, sama tercengang menyaksikan keberanian Sulaiman dan menunggu-nunggu dengan sabar, cara bagaimana penyelesaian yang dianggap lebih baik oleh Sulaiman itu.
Sulaiman lalu berkata: "Lebih baik kambing itu dipinjamkan kepada orang yang punya kebun, dengan membolehkannya mengambil susunya, anak anaknya dan bulunya. Adapun kebun itu dipinjamkan kepada orang yang punya kambing, dia diwajibkan menanaminya dengan tanaman yang dirosaki kambingnya, sehingga kembali sebagaimana sebelum dirosaki; setelah itu kambing dikembalikan pula kepada yang empunya dan kebun pun dikembalikan pula kepada yang punya kebun. Inilah penyelesaian yang lebih dekat kepada keadilan dan yang lebih sah keputusannya dalam menghukum, kata Sulaiman seterusnya.
Semua orang yang hadir dan juga orang yang bermasalah dan Nabi Daud sendiri, sama mengakui akan adilnya keputusan secara demikian ini. Mereka mengagumi kebijaksanaan Sulaiman. Inilah tanda yang pertama diperlihatkan Tuhan pada diri Sulaiman, bahawa dia seorang yang akan jadi Nabi dan Rasul sebagaimana bapanya dan dia pulalah yang paling layak menjadi raja, menggantikan bapanya yang sudah tua itu.
PERANG SAUDARA ^_^

Sekalipun masih dalam keadaan terlalu muda, tetapi kerana bakat dan kebijaksanaannya, kerana akal dan budi pekertinya, maka Daud sebelum meninggal dunia, telah menetapkan akan menyerahkan mahkotanya kepada Sulaiman. Penyerahan ini pun terjadilah, sehingga Sulaiman sekarang ini menjadi Raja Bani Israel, menggantikan bapanya yang sudah tua dan ingin bersara itu.
Dengan pengangkatan ini, anak-anak Daud yang lain merasa tidak senang, karena merekalah yang lebih tua, lebih pantas kata mereka. Perasaan ketidakpuasan ini, lebih hebat lagi pada Absyalum, anak Nabi Daud yang tertua. Selain tertua ia banyak pengalaman, berbadan kuat dan tangkas, ia tahu pula akan selok-belok pemerintahan; tetapi mengapa tidak dia yang diangkat, padahal dialah sebenarnya yang lebih berhak? Dia tidak senang, dia tidak tinggal diam. Dengan terang-terangan dia menyatakan, bahawa dirinya tidak tunduk kepada keputusan bapanya itu dan dia tidak akan mengakui atas penobatan Sulaiman menjadi Raja Bani Israel.
Absyalum bekerja segiat-giatnya mendekati bangsanya Bani Israel, ia bergaul dengan mereka dengan pergaulan yang sebaik-baiknya, untuk menarik hati mereka. Ditolongnya mereka dan dikumpulkannya dalam sebuah organisasi yang dipimpin sendiri, Dengan segala daya-upayanya, dia berikhtiar agar supaya rakyat yang dipimpinnya itu hanya tunduk kepadanya dan mencegah mereka mengakui Sulaiman sebagai raja.
Kepada para pengikutnya itu dicubanya menanamkan kepercayaan, bahawa dialah yang lebih pintar, lebih berhak menjadi raja, sedangkan Sulaiman dan bapanya sendiri adalah orang yang salah, kesalahan mana harus segera diperbaikinya.
Usahanya yang dengan sungguh-sungguh ini berhasil pula. Banyak bangsa Israel telah dapat diperkudanya. Mereka tunduk serta patuh terhadap semua anjuran dan perintahnya, dengan tidak menghiraukan lagi akan perintah Raja Sulaiman.
Absyalum sekarang menuju kepada rencana yang terakhir, iaitu akan mengadakan perebutan kekuasaan dengan cara kekerasan. Segala cara-caranya sudah direncanakan, segala persiapan sudah tersedia, sedang pengikut-pengikutnya hanya tinggal menunggu komando saja. Di waktu segala pengikutnya siap sedia itu, dia minta izin kepada bapanya untuk pergi ke desa Jidwan, untuk beristirahat menyampaikan nazar hatinya. Tetapi sebelum ia berangkat, kepada semua pengikutnya dia tinggalkan amanat, bahawa bila nanti terdengar bunyi trompet, supaya mereka semuanya berlarian kepadanya dan lalu bersama-sama mengangkatnya jadi raja.
Kerana amanatnya itu diberikan kepada orang banyak, maka berita ini tersiar hampir ke seluruh rakyat. Keadaan ketika itu menjadi genting sekali. Kota Ursyalim ketika itu menjadi ribut, kegelisahan memuncak dengan tiba tiba, orang ramai khuatir, kalau kalau akan terjadi kekecohan hebat.
Melihat suasana dan mengetahui akan niat Absyalum itu, bukan main marah dan sedihnya hati Nabi Daud. Tetapi kesemuanya itu ditahannya sekuat-kuat jiwanya. Dengan tenang Daud berkata kepada pengikutnya: Marilah kita lari saja dari sini, memang tidak ada cara yang lebih baik menghadapi Absyalum yang telah ganas itu, selain menghindarkan diri.
Begitulah keesokan harinya, Nabi Daud diiringkan oleh semua pengikutnya serta keluarganya, bertolak meninggalkan kota Ursyalim, menghindarkan diri dari keganasan pemberontak yang menginginkan kekuasaan. Akhirnya mereka tiba di pinggir sungai Ardun dan sungai itu terpaksa mereka seberangi. Di seberang sungai itu mereka berhadapan dengan gunung yang tinggi, iaitu gunung Zaitun; gunung itupun terpaksa mereka daki dan ketika itu keluarlah airmata Nabi Daud kerana sedihnya.
Ketika itu mulailah didengar oleh Daud, ada golongan yang menghina dia, mencaci-maki serta mengeluarkan kata-kata yang pedas terhadap dirinya; sekalipun sebelumnya mereka menyanjung serta memujinya, membesarkan dan menghormatinya. Begitulah umumnya si rakyat bodoh yang tidak berpendirian; bila seseorang sedang berkuasa, dia dipuja-puja, sebaliknya bila sudah tak berkuasa lagi, sekalipun tidak mempunyai kesalahan apa-apa, dia lalu dicaci-maki dan dihina-dinakan.
Penghinaan itu didengar oleh Daud dengan sabar, kerana dia merasa sudah tua sekali, tidak dapat berbuat apa-apa lagi, malah kepada dirinya sendiri Daud berkata: Kalau anakku sendiri sudah berani mahu membunuhku, apalagi orang lain, tentu akan lebih dari itu lagi.
Dengan rasa hina diri dan tunduk, Nabi Daud berdoa kepada Allah s.w.t., agar Tuhan menyelamatkan dirinya berserta keluarganya dari segala malapetaka dan agar Allah dengan segera memadamkan pemberontakan yang tidak diinginkan ini.
Baru saja Daud sekeluarga serta pengikutnya meninggalkan Ursyalim, Absyalum dengan tenteranya segera menduduki ibu kota itu dengan aman dan tenteram. Segera diumumkannya, bahawa dialah yang menjadi raja yang sah di negeri dan bangsa Israel.
Dalam pada itu Nabi Daud pun tidak tinggal diam dengan berpangku tangan dan berdoa saja, tetapi segera pula menyusun kekuatan yang ada padanya, untuk bertindak memadamkan api pemberontakan itu.
Beberapa pemimpin perang yang taat kepadanya, selalu dibawanya bermusyawarah, akhirnya semua pemimpin perang Nabi Daud mendapat kata sepakat akan menyerang kota Ursyalim yang sudah diduduki Absyalum dan tenteranya itu.
Sebelum tentera Daud berangkat menyerang, Nabi Daud menasihatkan kepada mereka, agar mereka memasuki kota dengan memberikan penerangan dan kebijaksanaan, tidak dengan kekuatan senjata dan dinasihatkan pula supaya mereka sedapat mungkin jangan membunuh Absyalum.
Tetapi setelah mereka tiba di kota Ursyalim, penerangan dan kebijaksanaan yang diperintahkan Nabi Daud itu tidak berguna sama sekali. Terpaksalah mereka mengangkat senjata untuk mencapai penyelesaian dengan Absyalum, kerana hanya itulah satu satunya jalan, yang dapat mereka lakukan.
Pertempuran segera berkobar dengan dahsyatnya. Tentera Absyalum hancur seluruhnya, Absyalum mati di ujung mata pedang bersama tenteranya. Kota Ursyalim diduduki tentera Nabi Daud kembali, keadaan segera menjadi aman dan tenteram kembali.
Sesudah kejadian itu, maka Sulaiman tetap menjadi raja dengan aman dan tenteram bertahun-tahun, sehingga bangsa dan negeri itu semakin maju dan makmur, tidak kurang bahkan telah melebihi daripada zaman pemerintahan bapanya Nabi Daud a.s. Daerah kerajaannya semakin luas juga, serta rakyatnya pun hidup dengan penuh bahagia, patuh dan taat kepada perintah rajanya.
Di saat itulah, setelah Sulaiman sampai umur, Allah mengangkat Sulaiman menjadi Nabi dan RasulNya, untuk mengisi negara dan bangsa yang merdeka dan makmur itu dengan semangat agama dan ketuhanan, menjadi bangsa dan negara yang diredai Allah, agar keamanan dan kemakmuran itu tetap dan abadi, bukan hanya aman dan makmur di dunia ini saja, juga menjadi aman dan makmur sampai di akhirat nanti.
Sebagai mukjizat besar bagi Nabi Sulaiman, beliau dapat mengerti segala percakapan burung-burung dan dengan menggunakan bahasa (bunyi) bermacam-macam burung dan binatang itu, Nabi Sulaiman dapat bercakap-cakap dengan burung-burung dan binatang-binatang itu. Dengan jalan begitu pula. segala burung dan binatang itupun semua tunduk dan taat kepada Nabi Sulaiman.
Diberikan Allah pula mukjizat yang lebih hebat lagi kepada Nabi Sulaiman, ia dapat melihat segala kekayaan alam yang ada di perut bumi, baik yang merupakan emas, perak, besi dan tembaga, begitu pula harta kekayaan yang berada di dalam laut, seperti intan, mutiara dan berbagai-bagai pualam yang mahal-mahal harganya.
Segala jin dan setan pun dapat dikuasai oleh Nabi Sulaiman, sehingga kekuatan jin dan setan itu dapat digunakan oleh Nabi Sulaiman untuk menjadi kuli, kaum pekerja yang harus mengeluarkan semua kekayaan dan perhiasan sebanyak itu, guna mendirikan rumah-rumah dan gedung-gedung yang bagaimana juga besar dan cantiknya.
Nabi Sulaiman malah dapat pula menguasai angin, sehingga angin itu dapat dipergunakan oleh Sulaiman sebagai kenderaannya, bila Sulaiman akan berpergian ke tempat yang bagaimana jauh dan tingginya.
Rakyat Sulaiman bukan hanya makhluk yang bernama manusia saja tetapi segala burung, binatang, jin, setan, semut-semut dan segala yang melata di muka bumi ini, menjadi rakyatnya yang patuh dan tunduk di bawah kekuasaannya.
Dengan kenderaannya yang bernama angin itulah Nabi Sulaiman dapat berpergian ke sana ke mari memeriksa kerajaan serta rakyatnya, bahkan sampai ke negeri Askalan, beliau sampai pula di sebuah lapangan luas yang penuh dengan semut.
Ketika Nabi Sulaiman dan tenteranya sampai di lapangan itu, dari jauh Nabi Sulaiman telah melihat semua semut itu terperanjat benar atas kedatangannya itu. Semut-semut itu berkumpul, di mana mereka bermusyawarah bersama-sama, bagaimana menghindarkan diri dari bahaya injakan kaki tentera Sulaiman. Semua itu dapat di lihat, didengar dan difahami oleh Nabi Sulaiman.
Dengan terang dapat didengar oleh Sulaiman, komando semut itu memberikan perintah kepada rakyatnya: Masuklah kamu dengan segera ke dalam rumahmu masing-masing, agar jangan menjadi mangsa injakan kaki tentera Sulaiman, sedang mereka sendiri tidak merasakannya
Mendengar kata-kata semut itu, Nabi Sulaiman tersenyum simpul dan merasa gembira atas kesanggupan yang diberikan Allah kepadanya, untuk mengerti kata kata semut itu. Terasalah oleh Sulaiman, bahawa dia Nabi sebagaimana juga Nabi-nabi lainnya dan dia merasa wajib memerintahkan kepada manusia, agar manusia mengasihi akan semua binatang yang melata di bumi ini, jangan sampai menganiaya dengan sengaja atau dengan tidak diketahui.
Ketika itu Nabi Sulaiman menyembah dan sujud kepada Tuhan, bersyukur atas segala nikmat dan pemberian Tuhan, serta mendoa agar dia dan kaumnya dimasukkan Allah dalam golongan hamba Allah yang baik.
"Semua ini adalah kurnia Allah atas diriku untuk menguji, apakah aku dapat bersyukur atau akan berkufur, kata Sulaiman a.s.
NABI SULAIMAN DAN RATU BALQIS ^_^

Nabi Sulaiman bercita-cita ingin mendirikan sebuah rumah suci di Syam, untuk dapat dipergunakan sebagai tempat ibadat menyembah Allah dan pula sebagai pengorbanan dari dia sendiri kepada Allah. Tiang-tiang yang tinggi dan besar lalu didirikan, dinding-dinding tembok yang besar dan agung pun berdiri dan tidak lama kemudian Rumah Suci (Baitul Maqdis), yang dicita-citakan Nabi Sulaiman itupun jadi kenyataanlah, yang sampai sekarang masih ada dan tetap ada dan masih tetap bernama Rumah Suci (Baitul Maqdis atau Jerusalem).
Kepada semua manusia yang beriman kepada Allah, diperintahkan Tuhan, untuk datang berhaji ke tempat suci itu setiap tahun. Tetapi kerana kemudian, oleh bangsa Israel tempat itu dijadikan tempat menyimpang dari ajaran Allah, maka kepada Nabi Muhammad diperintahkan Tuhan untuk memindahkan tempat suci itu ke Mekah. Ke sanalah umat Islam menghadapkan muka dalam sembahyang dan ke sana pulalah umat Islam setiap tahun datang berkumpul melaksanakan ibadat haji mereka.
Baru saja Nabi Sulaiman selesai mengerjakan Rumah Suci itu, Nabi Sulaiman berangkat meninggalkan tempat itu memenuhi nazarnya sebelum mendirikan Rumah Suci itu. Nazar (janji) akan mengembara di sekitar muka bumi untuk melihat dan mengetahui kebesaran Allah yang mencipta bumi ini juga maksudnya.
Mula mula Nabi Sulaiman menuju ke tanah Yaman, lalu memasuki daerah Sanak. Di daerah ini beliau mengalami kekurangan air. Ke mana juga dicarinya, tidak ada air dijumpai. Ke puncak bukit yang tinggi, di bawah jurang yang dalam, kadang kadang digalinya berupakan sumur yang dalam, namun air tidak ditemuinya. Di saat hampir menemui jalan buntu untuk mendapatkan air, tiba tiba lalulah terbang melintas di atas kepalanya se ekor burung Hud Hud. Burung itu segera dipanggil oleh Sulaiman dan kepada burung itu diperintahkannya untuk mencari tempat yang ada airnya dan menunjukkan jalan kepadanya menuju ke tempat itu.
Kerana burung Hud Hud yang diutus itu lama tidak kembali, maka Nabi Sulaiman menjadi marah dan mengucapkan sumpahnya, akan menghukum burung itu dengan menyembelihnya, bila tidak segera datang dan bila burung itu tidak dapat menerangkan sebab sebab dari kelewatannya itu.
Baru saja Nabi Sulaiman mengucapkan sumpahnya, burung Hud Hud yang ditunggu-tunggunya itupun datanglah dengan merendahkan kepala dan menggerak-gerakkan ekornya, tanda minta maaf dan minta ampun kepada Nabi Sulaiman atas kelewatannya itu.
Akhirnya Hud Hud bercerita kepadanya: Saya sudah dapat melihat di tempat yang jauh di sana, sesuatu yang belum pernah engkau ketahui, sebuah tempat yang belum pernah tunduk di bawah kekuasaanmu dan engkau sendiri tidak mengetahui tentangnya.
Alangkah terkejutnya Nabi Sulaiman mendengar khabar ini, sebab belum pernah dia mendengar khabar yang demikian. Kepada burung Hud Hud diperintahkannya untuk melanjutkan ceritanya itu dan alasan apakah yang menyebabkan kelambatannya.
Hud Hud melanjutkan ceritanya: Adapun negeri itu bernama Saba dan yang menjadi rajanya adalah seorang perempuan. Ia sangat berkuasa atas rakyatnya serta istananya pun besar sekali. Tetapi sayang, penduduk dalam negeri itu rupanya dipengaruhi setan dan iblis, kerana ternyata mereka sudah tidak dapat membezakan antara yang halal dan haram, antara darah dan daging, begitu pula antara kebenaran dan kepalsuan. Penduduk negeri itu umumnya buta dan bodoh-bodoh, tidak mempunyai pemikiran dan kemajuan sama sekali. Mereka menyembah matahari, bukan menyembah Allah. Saya merasa sedih melihat keadaan mereka yang demikian. tetapi apa dayaku, kerana penduduk negeri itu kuat-kuat dan besar-besar badannya. Pada pendapatku, alangkah baiknya bila mereka diperintahkan untuk menyembah Allah, iaitu Tuhan yang sebenarnya yang mempunyai kerajaan yang Maha Agung dan Maha Besar.
Nabi Sulaiman sungguh terkejut mendengar berita ini, tetapi dia tidak mahu mengejutkan Hud Hud yang telah bercerita itu. Dia hanya berkata: Akan kuselidiki dahulu khabar yang kau bawa ini. Aku ingin mengetahui apakah engkau berkata benar atau berkata bohong dalam hal ini. Kalau memang benar apa yang telah kau katakan tadi, maka inilah se pucuk surat dariku, segera kau sampaikan surat ini kepada raja dan bangsa yang telah kau ceritakan itu. Aku akan menunggu khabar jawapannya selekas mungkin!
Surat itu segera diambilnya dari tangan Nabi Sulaiman, lalu burung itu terbang melayang, menyampaikan surat itu ke alamat yang sudah ditentukan, iaitu raja (ratu) dan rakyat Balqis di negeri Saba.
Hud Hud terbang menyusup ke atas mahligai istana Ratu Balqis. Dengan melalui sebuah jendela, surat itu dijatuhkannya dalam istana itu tepat di hadapan Ratu Balqis sendiri.
Surat tersebut jatuh, lalu diambil dan dibaca oleh Ratu Balqis: Surat ini dari Sulaiman. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Janganlah kamu meninggikan diri terhadapku dan hendaklah kamu mendatangiku dengan menganut Agama Islam.
Baru saja melihat dan membaca surat yang ajaib serta isinya yang mengejutkan itu, Ratu Balqis segera mengumpulkan semua menteri kerajaan, pembesar-pembesar dan ahli-ahli cerdik pandai, untuk bermesyuarat, guna meminta pertimbangan mereka tentang isi surat yang baru di terimanya itu; apakah akan menyerah dan tunduk kepada apa yang di maksud oleh Raja Sulaiman, atau tidak akan mempedulikan sama sekali isi surat itu.
Mereka sama berkata: Kita ini adalah suatu bangsa yang berani dan ahli perang, bukan suatu bangsa yang hanya pandai berunding dan mengalah saja, Kami sudah menetapkan dirimu, ya Balqis, untuk memutuskan segala sesuatu dan memerintah kami. Tetapkanlah apa yang hendak kau putuskan, kami akan menjalankannya dengan penuh rasa taat dan tunduk kepadamu. Bila engkau perintah ke langit, kami mahu terbang, ke laut kami menyelam, ke lurah kami menurun dan ke bukit pun kami akan mendakinya:.
Setelah Balqis mengetahui tanda-tanda dari para menteri dan pembesar-pembesar yang menghendaki perang itu, segera ia mengemukakan pendapatnya, yang bertentangan dengan kehendak mereka; dengan tenang berkatalah Ratu Balqis: Fikiran yang menghendaki perang itu, adalah fikiran yang salah, selama jalan damai belum ditempuh sedapat-dapatnya, kerana perdamaian lebih baik dari berperang. Begitulah menurut fikiran orang waras. Bila tentera telah dapat mengalahkan musuhnya di medan perang, negeri yang dikalahkannya itu pasti mereka rusak dan mereka hancurkan, segala harta kekayaannya mereka rampas, orang-orang yang mulia mereka hinakan sebaliknya orang-orang hina dimuliakannya. Akhirnya mereka memperbudak, lalu menjalankan tangan besi, kalau dapat berabad abad lamanya, atau untuk selama-lamanya.
"Aku, kata Ratu Balqis selanjutnya, Ingin mengutus sebuah delegasi yang terdiri dari orang-orang yang terhormat dari bangsa kita sendiri, untuk menghadap Raja Sulaiman dan pula untuk memberikan hadiah yang paling berharga.
Khabar ini sebagai jawapan terhadap surat Sulaiman itu, dituliskan dalam sebuah surat, lalu diserahkan kepada burung Hud Hud itu, untuk disampaikan kepada Sulaiman.
Untuk menyambut kedatangan delegasi Balqis itu, Sulaiman mengadakan persiapan seperlunya. Sulaiman ingin memperlihatkan kegagahan dan keluarbiasaannya.
Semua jin dipanggilnya dan diperintahkan untuk mendirikan sebuah istana dari segala macam batu dan perhiasan yang berada di perut bumi di dalam laut.
Dalam waktu yang singkat saja, gedung besar, iaitu istana yang terindah yang belum pernah ada tandingannya di muka bumi Allah ini, sekarang menjelma. Dindingnya terbuat dari kaca yang beraneka warna, lantainya daripada emas dan perak, serta pasirnya dari intan dan berlian dan berbagai-bagai batu berharga lainnya, Semua itu dikemukakan dan didirikan oleh segala jin dengan petunjuk Nabi Sulaiman sendiri.
Delegasi yang ditunggu tunggu itupun datanglah. Kedatangan mereka disambut dengan sambutan yang hormat dan meriah.
Alangkah terkejut dan kagumnya mereka melihat kemewahan yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata itu. Dengan rasa malu, mereka menyerahkan hadiah besar yang dianugerahkan Ratu Balqis kepada Raja Sulaiman.
Melihat hadiah itu, Nabi Sulaiman hanya minta maaf dan berkata: "Maaf saja, kuharap agar hadiah ini dikembalikan saja kepada Ratu Balqis, kerana pada diriku telah cukup segala-galanya dianugerahi Allah, baik berupa kekayaan mahu pun perhiasan, bahkan Tuhan telah menganugerahkan yang cukup, kekuasaan yang besar dan pangkat kenabian yang mulia yang belum pernah dipunyai oleh seorang manusiapun di atas dunia ini. Aku tidak memerlukan emas perak, sekalipun sebesar bumi ini. Kulihat engkau sekalian ini hanya mengenal hidup yang lahir (nyata) di dunia ini saja dan dengan penghidupan dunia yang begini saja, kamu telah dapat bergembira diri. Kembalilah kamu ke negeri dan rajamu. Katakan kepadanya, bahawa aku tidak memerlukan harta kekayaan, tidak perlu kekuasaan dan segala-galanya. yang perlu agar kamu sekalian tunduk dan menyembah akan Allah, yang telah menjadikan semuanya ini. Kuharap agar kamu sekalian patuh menjalankan perintah Allah itu, janganlah kamu menyembah selain daripada Allah, serta katakan pula kepada mereka, bahawa kami akan segera mengirimkan tentera kami, untuk menggempurmu, bila ternyata kamu tidak mahu tunduk kepada kebenaran ini dan yang hanya mempercayai kepada kekuatan tenteramu saja!
Delegasi itupun segera kembali mendapatkan raja dan bangsanya, lalu disampaikannya hasil pertemuan dengan Raja Sulaiman itu.
Mendengar semua itu, dengan perasaan yang tenang Ratu Balqis berkata: Tidak ada daya dan usaha lain lagi, kecuali kita hanya tunduk dan taat menurut ajaran Sulaiman itu.
Ratu Balqis ingin menghadap sendiri kepada Sulaiman, serta ia bermaksud akan mengucapkan kalimat iman di hadapan Sulaiman. Ratu itupun berangkatlah diiringkan oleh semua pengiring dan pengawalnya. Setelah Nabi Sulaiman mengetahui akan keberangkatannya itu. maka beliau berkata kepada semua jin: "Siapakah di antaramu yang sanggup mengambil istana Ratu Balqis dan membawanya ke mari, sebelum Ratu Balqis sendiri sampai di sini untuk menyatakan Islamnya dihadapanku?
Raja dari segala jin lalu menjawab: "Saya sanggup membawa mahligai Ratu Balqis ke mari dengan segera dan mahligai itu akan berada di sini, sebelum pertemuan ini berakhir kerana saya mempunyai kekuatan yang luar biasa hebatnya. Dengan kekuatan itu saya jamin, bahawa segala yang ada dalam mahligai itu akan selamat.
Tiba tiba muncul dan berdiri seorang manusia beriman, yang kepadanya oleh Allah telah dianugerahi pengetahuan yang cukup dan kekuatan ghaib, lalu ia berkata kepada Raja Sulaiman: "Insya Allah saya sanggup mendatangkan mahligai itu ke mari dan mahligai itu akan berada di sini, sebelum engkau menggerakkan pelupuk matamu, ya Raja Sulaiman.
Ya, dalam sekelip mata saja, mahligai ratu itupun sudah berdiri dengan megahnya di hadapan Nabi Sulaiman. Di situ Nabi Sulaiman lalu bersujud dan bersyukur pula kepada Tuhannya, atas kekuasaan Tuhan yang telah diperlihatkan kepadanya. Beliau bersujud dan bersyukur kembali berulang-ulang, serta terus-menerus untuk menyembah Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Kuasa itu.
Akhirnya Ratu Balqis pun datanglah. Kepada Ratu Balqis, Sulaiman berkata: "Beginikah istanamu? Setelah diperhatikannya dengan sungguh-sungguh, Ratu Balqis berkata: "Agaknya itulah.
Alangkah kaget dan kagumnya Ratu Balqis setelah melihat kejadian itu, iaitu istananya sendiri sudah berada di hadapan istana Sulaiman, sebelum dia sendiri sampai di tempat itu.
Dalam pada itu Nabi Sulaiman sudah memerintahkan pula untuk membangun sebuah mahligai yang terbuat dari kaca yang putih bersih; kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke dalamnya. Ratu Balqis mengira bahawa mahligai kaca itu air yang sedang mengalir berombak, lalu dia membukakan betisnya untuk memasukinya, tetapi kemudian ternyata bahawa itu bukanlah air.
Dengan kekhilafannya ini, maka terbukalah hati dari Ratu Balqis yang selama ini tersesat di dalam gelombang kekayaan dan kekuasaan itu. Dia telah tersesat dan terkhilaf, sebagaimana kekhilafannya terhadap kaca yang di kiranya air. Dia insaf dan terbukalah hijabnya, sehingga dengan kejadian itu, kini dia merasakan akan kesesatannya, kerana dia mengira bahawa kekayaan itu dapat membahagiakannya, begitu pula kekuasaannya di dunia ini adalah kekuasaannya yang paling besar; baru sekarang dia mengetahui, bahawa ada yang mempunyai kekuasaan yang dapat melebihi kekuasaannya.
Dia menjadi insaf dan bertaubat kepada Tuhan: "Ya Allah, Tuhanku ! Sudah lama saya tersesat sehingga saya tidak mengenalMu dan tidak pernah menyembahMu. Saya sudah tersesat dalamasa yang panjang, kerana kelobaan saya atas harta kekayaan pemberianMu itu, sehingga saya sudah aniaya terhadap diriku sendiri dengan melupakan Engkau, ya Allah. Saya kira hanya harta dan kekuasaan itu saja bahagia dan rahmat dari Engkau, rupanya itu sama sekali belum bererti apa-apa, bila dibandingkan dengan rahmat dan nikmatMu yang lainnya. Ampunilah saya ini, ya Allah! Sekarang saya insaf dan taubat, saya akan menerima pelajaran Sulaiman dengan menganut Agama Islam, iaitu agama Engkau, ya Allah. Saya akan tunduk dan taat kepadaMu, ya Allah, ampunilah saya, kerana Engkau suka memberi ampun dan penerima taubat pula.

HUKUMAN ALLAH TERHADAP BANI ISRAEL ^_^


Berkumpul dan datang silih berganti nikmat dan rahmat Allah atas bangsa Israel. Mereka dilepaskan Allah dari berbagai-bagai azab dan seksa. DiutusNya kepada mereka beberapa Nabi dan Rasul, untuk melepaskan mereka dari berbagai azab dan seksa itu, guna membimbing mereka ke jalan yang benar, sehingga mereka dengan pimpinan para Nabi dan Rasul itu, mendapat kemakmuran dan kemajuan yang luar biasa, penuh dengan kehidupan yang bahagia dan senang, menjadi pemimpin di atas dunia ini. Sungguhpun begitu mereka senantiasa berpaling juga dari jalan yang benar dan baik itu.
Setiap kali mereka mendapat kecelakaan dan kesengsaraan yang luar biasa, menginginkan pimpinan dan Nabi. Setelah mereka aman dan bahagia kembali dengan pertolongan pemimpin dari Nabi itu, kembali mereka tak mengakui akan Nabi itu, mereka lupakan segala nikmat dan rahmat Allah itu, bahkan para pemimpin dan Nabi itu banyak pula yang mereka bunuh, lalu mereka kembali kepada kesesatan dan berbagai-bagai kejahatan.
Kalau mereka telah tersesat dan derhaka, mereka tidak dapat lagi dibelokkan ke arah kebenaran hanya dengan peringatan-peringatan dan ajaran-ajaran dari Allah saja, bagaimana juga benarnya peringatan dan ajaran itu, mereka tetap menolaknya, bahkan mereka ludahi. Hanya dengan seksaan jualah yang dapat membetulkan kembali tindakan mereka itu. Oleh sebab itu Tuhan mengirimkan berbagai-bagai seksaan, untuk membetulkan tindakan mereka yang salah itu.
Sejak dahulu kala Tuhan menurunkan berbagai-bagai seksa dan azab terhadap Bani Israel. Tetapi kini mereka telah melupakan pula akan semua azab dan seksaan Allah itu, mereka bertindak dengan berbagai-bagai kejahatan lagi. Kesesatan dan kejahatan itu telah demikian rupa pula hebatnya, sehingga tidak dapat dibiarkan begitu saja. Tuhan mengutus pula kepada mereka seorang Nabi, Armiya namanya.
Nabi ini dengan seluruh tenaga dan daya yang ada padanya, berusaha keras untuk mengembalikan. Diperingatkan oleh Nabi ini, akan ajaran-ajaran para Nabi dan Rasul yang telah meninggal dunia. Diperingatkan kepada mereka akan ajaran-ajaran Kitab Suci yang telah diturunkan Allah dengan perantaraan Nabi-nabi dan Rasul-rasul itu. Diperingatkan pula akan azab dan seksa bagi bangsa yang telah menderhaka ajaran-ajaran yang benar itu.
"Ingatlah kepada seksaan yang menimpa Raja Namrud dan Firaun, ingatlah akan seksaan yang ditimbulkan oleh tentera Sanharib yang telah menghancur leburkan negeri Babilon dan rakyat-nya! Ingatlah akan berbagai-bagai azab yang berupakan angin taufan dan hujan batu, yang berupakan berbagai-bagai penyakit menular dan taun, yang berupakan udara yang panas terik dan lain-lainnva! Demikianlah Nabi Armiya memperingatkan kepada mereka; tetapi mereka tidak mahu mendengarkan dan menurutinya.
Tuhan tidak akan henti-hentinya pula menurunkan seksa dan azabnya, selama manusia tidak bosan-bosannya berbuat kejahatan dan kesesatan.
Terhadap bangsa Israel yang sudah tidak mahu dinasihati itu, tidak ada gunanya nasihat lagi, Lalu Tuhan utus kepada bangsa itu tentera yang paling kejam, yang dipimpin oleh seorang raja dan jeneral yang lebih kejam, iaitu tenteranya Nebukadnezar (Bakhtanassar) yang termasyhur itu.
Dari arah Timur, tentera ini menyerbu dengan jumlah yang sangat besar, belum pernah ada tentera di dunia ini yang lebih besar jumlahnya dari tentera Nebukadnezar ini, seakan-akan gelombang demi gelombang, banjir demi banjir, mereka menyerbu dan terus menyerbu. Tidak ada sebuah kekuatan pun di atas dunia ini yang dapat menghalanginya, siapa saja yang melawan dibunuh mati, rumah-rumah, gedung dan kota-kota dihancurkannya sampai rata dengan tanah. Bangsa Israel yang masih tetap tinggal hidup, sebagai sisa pembunuhan dan penyembelihan, semuanya dikumpulkan menjadi tawanan, lalu dibuang jauh dari negeri mereka sendiri. Kota Baitul Maqdis dan Rumah Suci pun disapu bersih, sehingga hilang kehormatannya sama sekali. Semua Kitab Suci pun mereka bakar sampai habis.
Lama pula konon masanya Nebukadnezar menguasai negeri Bani Israel, sampai kepada beberapa keturunan, dengan segala kekejamannya yang tidak ada tolok bandingannya. Akhirnya kerajaan kejam ini menjadi semakin lemah, hilang kekuatannya, sehingga tak sanggup berdiri lagi.
Kekuasaan di seluruh Babilon dan bangsa Israel, akhirnya dipegang oleh seorang raja yang baik hati, lemah-lembut dan suka bergaul dengan rakyat. Dengan tenang raja ini mendidik dan mengumpulkan serta memerintah bangsa Israel yang sudah hancur-lebur dan cerai-berai itu menjadi suatu bangsa yang berpadu-satu.
Kita ini adalah bangsa yang terhormat, keturunan Nabi Yaakub dan anak-cucu Nabi Daud yang maha besar. Tanahair kita adalah Syam, yang penuh dengan sumber-sumber kekayaan, Kita adalah bangsa yang merdeka dan kuat dahulunya. Tetapi kerana kesalahan-kesalahan kita sendiri, kita dapat diusir musuh dari tanahair kita itu, kerana kita tidak mahu tunduk kepada peraturan, ingin menurutkan kemahuan diri sendiri saja. Sekarang marilah kita bersatu, mengumpulkan tenaga dan kekuatan kembali ke tanahair kita yang sudah lama kita tinggalkan itu!
Kerana sudah mengalami benar-benar bagaimana pahit dan getirnya terusir dari tanahair sendiri, menjadi tawanan dan budak belian, dengan kerja paksa yang berat dan hina-dina, maka apa yang diucapkan oleh pemimpin itu, sangat meresap dalam kalbu dan jiwa mereka.
Dengan keinsafan inilah mereka kembali bersama-sama ke tanah airnya sendiri, tanah Syam (Palestin) Dengan kegiatan bekerja dan persatuan yang teguh, bangsa dan Kerajaan Israel berdirilah meliputi tanah Syam. Mereka hidup dengan baik dan berketurunan yang banyak, sehingga berdirilah pula kebun-kebun yang luas, kota-kota yang besar, desa-desa yang aman dan penuh dengan kebahagiaan. Seharusnya mereka bersyukur atas semua nikmat dan rahmat Tuhan itu. Tetapi setelah hidup senang dan bahagia, mereka kembali melupakan Tuhan. Kembali menurutkan kehendak diri sendiri. Mereka lupa akan segala pengalaman dan penderitaan mereka selama terusir; malah masing-masing dirinya yang sudah senang dan kaya itu merasa sudah kuasa dan takkan mahu tunduk pula kepada kebenaran lagi.
Begitulah jiwanya bangsa Israel itu. Dengan senang mereka naik sesudah jatuh, tetapi dengan mudah pula mereka lupa daratan, sehingga berbuat jahat dan sewenang-wenang lagi. Kalau mereka sudah menjadi jahat kembali, maka tidak ada kata-kata dan ajaran yang dapat menginsafkannya kembali. Mereka hanya insaf kembali kalau sudah dikutuk dengan seksa yang sehebat-hebatnya.
Masyarakat mereka yang sudah mulai aman dan bahagia, sekarang mulai kacau kembali. Penuh sesak dengan berbagai-bagai kejahatan dan kemesuman. Orang-orang suci dan para Nabi yang diutus Tuhan untuk memimpin mereka, bukan hanya mereka tolak dan hinakan saja, bahkan banyak pula mereka bunuh. Dua Nabi Suci yang paling penyantun, iaitu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya menjadi korban keganasan mereka.
Bangsa Israel kembali menjadi bangsa yang hauskan darah. Riwayat berulang, bukan sekali ulang, tetapi berkali-kali. Terhadap mereka dikirim Tuhan tentera kejam yang jauh lebih kejam dari tentera Nebukadnezar, iaitu tentera Judarz. Tentera itu tanpa sebab peringatan sama sekali, lalu menyerang seluruh negeri dan bangsa Israel dari segala jurusan. Dengan kekuatan tentera yang jauh lebih banyak, dengan kekejaman yang jauh lebih hebat, tanah Syam yang didiami bangsa Israel itu mereka hancur-leburkan menjadi abu. Rakyatnya mereka sembelih dan koyak-koyak sebagai harimau menerkam mangsanya.
Bangsa dan negara Israel kembali hancur-lebur. Sebahagian besar mereka musnah dan sebahagian kecil saja dapat meloloskan diri dari maut, lari ke mana saja ke timur dan ke barat, tidak keruan sama sekali.
Begitulah nasibnya negara dan bangsa yang telah mendapat cop kemarahan dari Allah. Itu disebabkan kerana engkar akan ajaran-ajaran Allah, membunuh dan membinasakan para Nabi dan Rasul Allah; dan semua itu kerana kemaksiatan mereka yang melampaui batas, sehingga seksaan Tuhan datang melampaui batas pula hebatnya.

PERGOLAKAN DI ANTARA DUA FAHAMAN ^_^

Ada dua orang bersaudara di antara golongan Bani Israil juga. Keduanya bersaudara kandung. Tetapi hairan, satu sama lain bertentangan dalam pendapat dan pandangan hidup, bertentangan faham dan ideologi; ibarat buah sepohon dan sekebun tempat tumbuhnya, tetapi rasa, yang sebiji manis, sedang yang sebiji lagi pahit sepahit-pahitnya.
Yahuza, demikianlah nama salah seorang di antara kedua orang yang bersaudara itu. Dia ini adalah seorang yang mukmin dan mendasarkan hidup dan perjuangannya kepada dasar ketuhanan. Tahu akan darjat diri tempat di mana dia hidup sekarang menjelang matinya. Sifatnya pemaaf dan pemurah hati, penyantun terhadap sesama dan suka merendahkan diri, tidak terlalu tergoda oleh keriang-gembiraan dunia dan hartabenda kekayaan.
Yang seorang lagi dari kedua orang itu bernama Qutrusy. Dia tidak mahu mengenal Tuhan dan hari Akhirat. Hidupnya dalam kekafiran tanpa agama, hanya berpedoman kepada otaknya sendiri saja. Sifatnya kasar dan bakhil sekali, selalu menganggap dirinya lebih pintar dan lebih kuasa dari semua orang. Ia selalu memandang rendah kepada orang dan golongan lain, lebih-lebih kepada orang yang beriman kepada Allah dan senantiasa beribadat.
Setelah bapa kedua orang bersaudara ini menjadi tua dan dekat waktunya meninggal dunia, kedua anaknya itu dipanggilnya. Sang bapa merasa khuatir bila dia meninggal dunia kalau-kalau kedua anaknya ini akan berebutan harta peninggalannya yang begitu banyak dan berselisihan. Agar perselisihan yang tidak diharapkannya itu jangan sampai terjadi, maka di saat itu juga semua harta-benda kekayaannya yang banyak itupun, dibahagikannya sama banyak antara kedua anaknya itu. Sesudah dibahaginya sama rata, masing-masing merdeka memperbanyak dan menghabiskan hartanya itu sekehendak hati mereka.
Adapun Yahuza telah menetapkan niat dan rencana dalam hatinya, akan menggunakan harta yang diterimanya itu untuk keperluan segala sesuatu yang diredhai Allah, sebagai tanda bakti dan taatnya kepada Tuhan, tanda syukur dan berterimakasih kepada Allah. Dia akan gunakan segala harta dan wang yang ada padanya itu untuk membeli dan menebus Syorga yang dijanjikan Allah.
Harta itu selalu dipergunakannya untuk menolong orang-orang yang sengsara hidupnya, orang-orang yang lapar dan dahaga kerana miskinnya. Dia mendirikan jambatan dan memperbaiki jalan yang rusak untuk dilalui orang banyak, serta dia membantu orang-orang yang mendapat kecelakaan dan yang ditimpa bahaya.
Tidaklah hairan kalau hartanya itu bukan semakin bertambah banyak, malah semakin sedikit dan akhirnya habis samasekali; tetapi Yahuza tetap tenang dan sabar. Dicukupkannya apa-apa yang dapat dicarinya sehari-hari untuk penghidupannya, bahkan kadang-kadang dia tidak mendapatkan apa-apa untuk dimakannya, lalu dia berpuasa tanda dia bermohon kepada Allah agar diberi rezeki. Bila dia mendapat rezeki yang agak banyak, maka bertambah-tambah syukur dan ibadatnya kepada Allah. Tidak jemu-jemunya lidah serta anggota tubuhnya menyebut dan menyembah Allah.
Adapun Qutrusy dengan harta pusaka yang diperolehnya itu semakin bertambah lupa dia kepada Tuhan, kerana asyik mengurus harta dan kekayaannva itu saja. Dengan tidak kenal penat dan lelah, siang dan malam tidak ada yang difikirkannva. selain bagaimana caranya untuk menjadikan harta yang banyak itu agar menjadi lebih banyak lagi.
Satu sen pun dia tidak mahu memberikan hartanya itu kepada orang-orang yang bagaimana juga melarat dan miskinnya, apalagi untuk keperluan sosial dan umum, sedikitpun tidak pernah waktunya dipergunakan untuk mengingat dan menyembah Allah, sebab fikirnya, menyebut dan menyembah Allah itu membuang-buang waktu kepada yang tak berguna dan tidak mendatangkan hasil saja, dapat merugikan diri sendiri dan berbodoh-bodoh. Telinganya ditutupnya serapat-rapatnya, bila mendengar suara orang yang meminta, pintu rumahnya dikunci serapat-rapatnya bila ada orang yang mengharapkan bantuan dan pertolongan, hanya dibuka selebar-lebarnva bagi orang yang akan menambah untung dan kekayaan semata.
Dengan hartanya itu, dia berhasil membangun dua buah kebun vang besar dan luas. Mengurus dan memajukan kedua kebun itulah segala umur dan kekayaannya ditumpahkan. Kebun itu teratur rapi, bersih dan menghijau. Tumbuh di dalamnya berbagai-bagai tanaman yang selalu mendatangkan hasil yang berlipat ganda; di tengah-tengahnya dibuatnya taman dan jalan-jalan yang bersimpang-siur, sedang di kelilingnya berdiri rumah-rumah tempat tinggal sebagai istana layaknya, enak dipandang mata, sejuk perasaan bila memasukinya, seakan-akan syurga di atas dunia. Tidak kurang pula dengan sungai-sungainya yang mengalir air jernih, untuk diminum dan tempat mandi bersenang-senang.
Buahnya lebat lazat dan nyaman kalau dimakan, daunnya yang rimbun segar itu dipergunakan untuk berteduh dan berlindung di kala musim panas.
Semua orang tertarik akan kebun yang moden itu, hal mana menambah banyak hasil yang diperoleh daripadanya. Qutrusy tidak bosan-bosannya memandang dan mengurus kebun yang cantik molek dan mendatangkan keuntungan yang tidak sedikit itu. Siang-malam dengan asyiknya dia keluar-masuk kebun itu, untuk memandang buah-buahan yang lebat dan warnanya yang menghijau. Kekayaannya makin berlimpah-limpah, hidupnya semakin senang dan bahagia rasanya. Dia dianugerahi Allah pula beberapa orang anak yang sihat-sihat serta gagah-gagah.
Tetapi dengan semua nikmat dan anugerah Allah itu, hidupnya semakin lupa dan jauh dari Allah, kesombongan dan kebongkakkannya semakin menghebat, kebakhilannya pun menjadi berlipat-ganda pula. Tidak pernah lidahnya dipergunakan untuk mensyukuri nikmat Allah itu dan tidak pernah pula dahinya direndahkan untuk menyembah dan beribadat.
Kebunnya makin diperluas dan diperluas juga, rumah-rumah dan istana yang ditempatinya dipertinggi dan dipermoden pula, orang gajinya makin diperbanyak. Tetapi semakin senang dan kaya, dia semakin kafir dan lupa kepada Tuhan yang telah menjadikan dirinya dan hartabenda sebanyak itu. Pada suatu hari, setelah lama tak berjumpa kedua orang bersaudara iaitu Qutrusy dan Yahuza, mereka bertemu pada suatu tempat. Alangkah terkejutnya Qutrusy melihat saudaranya yang berpakaian compang-camping itu. Matanya mengejek, mulutnya segera menegur saudaranya itu: Ke mana perginya harta dan kekayaanmu itu? Ke mana perginya emas dan perakmu? Sekarang ternyatalah akan kebodohanmu dan kepintaran diriku. Engkau hidup melarat dan compang-camping. Tidak mempunyai teman dan tak akan dipandang oleh orang banyak sedikitjuga.
Adapun keadaanku boleh kau lihat sendiri. Hidupku senang, bahagia selamanya. Banyak harta dan anak keturunan, banyak teman dan pembantu. Cubalah masuk ke dalam kebunku ini, lihatlah di sana pemandangan dan hasilnya, daunnya yang rimbun menghijau, buah-buahannya yang lebat dan lazat. Jalan-jalan dan rumah-rumahna yang cantik dan teratur, sungai-sungainya yang senantiasa mengalir tidak kering-keringnya. Setiap hari dan bulan terus-menerus mendatangkan hasil dan keuntungan.
Adapun engkau ini selalu memikirkan Tuhan dan Akhirat saja. Aku tidak perlu tahu tentang Tuhan dan Akhirat itu. Akupun tidak perlu Syorga yang dijanjikan Allah, sebagai katamu selama ini. Aku ini sudah dapat membuat Syorgaku sendiri dengan kepintaran dan tenagaku sendiri.
Mendengar itu Yahuza menjawab dengan tenang:
Engkau sudah kafir mengengkari Allah, sudah tidak percaya alam akhirat, Engkau sudah tidak percaya akan hidup kembali sesudah matimu di alam fana ini, di alam mana engkau akan dihisab dan diperhitungkan segala amal perbuatanmu. Tidakkah engkau tahu siapa yang telah menjadikan manusia ini pada mulanya dari bahan tanah, kemudian dari setetes air dirahim ibu, yang kemudian lalu berubah menjadi segumpal darah, jadi berdaging dan bertulang? Berbentuk berupa, kemudian diberinya roh atau jiwa.
Maka lahirlah ke alam dunia menjadi bayi, akhirnya menjadi manusia yang bertenaga sebagai engkau ini.
Apakah engkau tidak percaya, bahawa Tuhan yang telah dapat menciptakan manusia dengan jalan demikian itu, tidak akan dapat menciptakan alam akhirat sebagai ajaran agama Tuhan itu?
Semua itu mudah sekali bagi Tuhan Yang Maha Kuasa. Tetapi engkau tidak mengakui ini, kerana mata hatimu sudah ditutup serapat-rapatnya oleh keengkaranmu sendiri, sehingga semua itu kau lupakan dan tidak mahu memikirkannya. Engkau hanya memikirkan wang dan kekayaanmu saja. Pendirianmu itu sajalah yang dapat engkau benarkan. Pendirian orang yang beriman, walaupun dengan alasan yang bagaimana juga banyak dan nyatanya, tetap kau tolak, kau engkari dan kau dustakan.
Dengan pendirianmu yang demikianlah engkau telah menghina memandangku rendah, kerana kemiskinanku. Engkau menganggap dirimu lebih benar dari aku kerana hartamu yang lebih banyak itu. Aku dengan kemiskinanku ini lebih kaya daripadamu dengan kekayaanmu itu. Kekayaan yang sebenarnya, tidak terbatas pada wang dan harta saja, sedang engkau memandang kekayaan itu hanya dari segi wang dan harta saja. Kerananya, seluruh tenaga dan fikiranmu itu dikerahkan ke arah wang dan harta saja. Kekayaan yang sebenarnya, adalah terletak dalam perasaan, merasa cukup apa yang ada.
Itu emas dan perak, perhiasaan yang berupakan intan dan berlian, kebun-kebun yang luas dan tanaman-tanaman di atasnya, menurut pandanganku adalah ibarat biji yang tumbuh di atas tanah, ada masanya tumbuh dan subur, tetapi ada pula masanya layu dan mati. Begitu pula ada masanya berada dan akan datang masanya habis dan lenyap kesemuanya itu, dikeranakan oleh terik panas matahari, atau kerana dilanda banjir, atau ditiup angin taufan.
Adapun orang-orang sebanyak itu yang menjadi budakmu, menjadi pekerja dan buruh yang selalu kau sombong-sombongkan itu, belum tentu akan dapat engkau pekerjakan atau menolong bila engkau sedang ditimpa bahaya hebat, malah mungkin merekalah nanti yang akan mencelakakan dirimu sendiri.
Adapun aku ini hanya ingin ditolong oleh Tuhan, iaitu menjadi kawan Tuhan, bukan menjadi musuhnya Tuhan.
Buat aku nikmat yang paling penting, bukan harta dan kekayaan, tetapi adalah kesihatan badan dan hidup selalu dalam keredhaan Allah; asal diredhai Allah, aku tidak takut dimusuhi manusia. Asal dapat aku memperoleh Syorga yang dijanjikan Allah itu, aku rela sekalipun hidupku miskin di atas dunia yang fana ini, kerana hanya kebahagiaan hidup di dalam Syorga itu sajalah yang bakal kekal
selama-lamanya. Adapun kebahagiaan dunia ini, hanya terbatas dalam jangka waktu yang amat singkat saja.
Sekalipun kebun dan kekayaanmu itu berlimpah-limpah, serta terjaga rapi oleh penjaga-penjaga yang engkau beri upah, tetapi siapakah gerangan yang akan dapat menjaganya dari bahaya badai dan banjir besar? Siapakah yang dapat menjaganya dari hawa panas terik, sehingga kesemuanya menjadi kering? Itu air yang mengalir di dalam kebunmu, dapat menghidupkan dan menyuburkan tanaman dan binatang-binatang ternakmu, tetapi air itupun sewaktu-waktu dapat juga menghancurkan dan memusnahkan segala yang engkau tanam dan pelihara itu. Segala sesuatu mudah terjadi, bila telah dikehendaki oleh Allah yang menjadikan semua itu; kalau engkau tidak mahu patuh, tunduk dan selalu bertindak memusuhi terhadap Tuhan yang Maha Kuasa itu.
Sehabis berkata-kata demikian, Yahuza segera meninggalkan tempat itu, meninggalkan saudaranya yang sudah nyata tidak akan menerima segala nasihat yang bagaimanapun juga baik dan jujurnya. Qutrusy segera pula kembali ke dalam kebunnya. Dia kembali asyik dengan harta kekayaannya saja, dia lupa akan semua nasihat yang didengar dari mulut saudaranya itu.
Pada suatu hari, tidak lama setelah pertemuan dengan saudara-setelah dia bangun dari tidurnya pagi-pagi benar, sebagainya itu, kebiasaannya, segera dia keluar menuju kebunnya yang tak sedikit juga dari ingatannya, untuk bersenang-senang dan melihat segala kekayaan yang menjadi penghibur hatinya.
Alangkah terkejut dan terperanjatnya, setelah dilihatnya bahawa semua tanaman-tanamannya yang subur dan menghijau itu, kesemuanya telah menjadi kering dan mati. Setetes air, sedikit angin pun tidak berhembus lagi di tempat itu.
Melihat pemandangan itu, kering lidah dan mulutnya, gemetar sekujur badannya, lemah lunglai semua persendian dan tulangnya. Dia rebah ke tanah tidak bertenaga lagi. Dengan susah-payah dia menengadahkan kedua telapak tangannya ke langit, menunjukkan akan penyesalan dalam hatinya, dia merasa rugi atas segala dan susahpayahnya selama ini. Disanalah dia mengeluh dengan suaranya yang sayup-sayup kedengaran: Aku menyesal akan kemusyrikanku dan telah mengengkari Tuhan ! Sesalnya ini sudah terlambat, sesal kemudian sungguh-sungguh tidak ada gunanya samasekali !


MENYANGGAH HAK FAKIR MISKIN ^_^
Baru saja fajar menyingsing di ufuk timur, orang tua yang telah bongkok punggungnya dan lemah persendiannya itu, lalu bangun dari tidurnya. Dengan langkah yang tenang dan nafas yang sesak, sambil memegang tongkat ditangannya, orang tua itu keluar dari rumahnya, menuju ke kebunnya. Sebelum matahari terbit, sudah pasti dia berada dalam kebunnya itu setiap pagi, untuk bekerja, menjaga dan memelihara kebunnya itu.
Dengan kerajinannya yang ditumpahkan terhadap kebunnya itu, maka tidaklah hairan bila kebun itu sangat baik dan teratur, subur tanamannya, serta banyak sekali buah-buahan yang dihasilkan setiap tahunnya.
Semua orang senang melihat kebun itu. Malah disanalah mereka sering melepaskan lelah dan bersenang-senang, sambil menghirup hawa sejuk pada waktu pagi mahupun petang, apalagi bila sedang teriknya panas matahari orang-orang sama berteduh di bawah pohon-pohon kayu yang terdapat dalam kebun itu, sambil melepaskan pemandangan yang indah di sekitarnya.
Setelah orang tua itu selesai menilik dan memelihara kebunnya, iaitu memeriksa buahnya yang masih putik dan yang sudah matang, melihat kembang-kembangnya yang masih kuncup dan yang sudah merkah. Setelah dia mendengar bunyi burung-burung yang juga sama merasa bahagia tinggal dalam kebun itu, baru dia pulang ke rumahnya, lalu bersembahyang dan bersujud syukur terhadap Allah yang telah memberikan nikmat yang demikian berharga kepadanya dan dia bermohon ke hadhrat Allah agar dipelihara oleh Allah dari segala dosa yang mungkin timbul dari kekayaan yang ada padanya, minta agar dia dijauhkan Tuhan dari fitnah kesenangan dunia, serta pengaruh syaitan dan hawa nafsu.
Demikianlah cara hidupnya orang tua itu, sejak waktu mudanya sampai menjadi tua seperti sekarang ini. Begitu adanya di waktu pagi dan petang, di waktu malam berganti siang. Dan bila waktu memetik buah dari kebunnya itu sudah datang, dipanggilnyalah tukang-tukang kebun dan orang-orang pekerjanya untuk bekerja menyediakan sabit dan keranjang, dipanggilnya pula segala kaum fakir miskin untuk menolong. Setelah selesai dari memetik buah hasil perkebunannya itu, mereka masing-masing diberinya upah menurut hasil tenaga mereka masing-masing. Diberi pula sewa sabit dan keranjang yang mereka bawa. Kemudian, bila hasil itu sampai nisabnya semua fakir miskin itu dipanggil untuk menerima bahagian mereka masing-masing, sebagai zakat dari hasil bumi itu.
Demikianlah halnya saban tahun, sehingga dengan kebun yang besar dan luas kepunyaan orang tua itu dapatlah semua orang yang tidak berpunya di sekitar kampung itu ikut serta mengecap hasilnnya, sehingga mereka tidak khuatir atas kemiskinan mereka dan tidak dengki atas kekayaan orang tua itu.
Tetapi anak-anak dari orang tua itu yang sekarang ini sudah agak besar-besar, berakal dan berfikir pula, maka adat kebiasaan orang tua yang sebaik itu dibantah dan disanggah mereka, tidak suka kalau hasil kebunnya itu dibagi-bagikan kepada orang fakir miskin begitu rupa saban tahun.
Salah seorang dari anak-anaknya itu berkata: Bapaku, bila saban orang yang miskin diberi, tiap orang yang minta-minta dikasih begitu rupa, maka itu bererti bahawa bapa sudah mengurangi hak-hak kami kerana makin sedikit hasil yang kami peroleh dari kebun kita itu. Berkata pula seorang lainnya: Hai bapa, kalau terus-menerus begitu, akhirnya habislah semua kekayaan kita dan hasil perkebunan kita ini, sepeninggal bapak nanti, kami ini semua pasti melarat dan terpaksa mengemis kepada orang lain.
Mendengar segala sanggahan itu, tampil pula anak yang ketiga, Dengan segala keterangan dan kesabaran anak yang tinggi mutunya ini lalu berkata: Semua yang kamu ucapkan itu adalah berdasarkan fikiran yang salah semata, berdasarkan perhitungan manusia yang membelok dari kebenaran dan hanya dengan sangkaan-sangkaan belaka. Kamu tidak tahu akan apa yang sebenarnya harta kekayaan dunia itu. Harta itu bukan hanya harta kepunyaan saya dan kepunyaanmu saja. Kebun kita yang luas itu, bukan hanya kebun kita. Tetapi adalah harta dan kebun Allah, yang diamanatkan Allah kepada kita untuk menyelenggarakannya, dengan perjanjian dan aturan Allah, bahawa semua hasilnya itu dipergunakan sebaik-baiknya kepada yang lebih memberi manfaat, dengan tidak boleh melupakan hak orang-orang fakir dan miskin, orang yang terlantar dan kekurangan syarat hidup atau dalam perjalanan. Sebahagian lagi untuk burung-burung yang datang ke dalam kebun ini. Burung-burung itupun mempunyai hak, kerana ada pula jerih dan jasanya terhadap kebun itu. Sebab itu janganlah hak-hak orang fakir dan miskin itu dihalang-halangi dan disanggah. Salah benar perbuatan kita bila menyanggah aturan Allah.
Bapa mereka yang sudah tua dan tidak berdaya lagi itupun turut bernasihat: Aku sudah tua, kekuatanku sudah habis, tulang-belulangku sudah terasa kaku dan aku tidak lama lagi akan pergi meninggalkan kamu sekalian. Nasihat dan fatwaku yang penghabisan, ialah agar kamu sekalian yang menerima kebun itu sebagai pusaka dariku, pandai-pandailah mempergunakan nikmat dan pemberian Allah itu. Dua kalimat sebagai amanatku hendaklah kamu tanamkan dalam ingatanmu, jangan sampai dilupakan dan dilanggar: Bila kamu dapat mempergunakan nikmat itu dengan baik, sepanjang aturan Allah akan menambah nikmatNya atas kamu sekalian. Tetapi bila kamu bakhil dan mempergunakan nikmat itu dengan cara yang salah, Tuhan tentu akan kuasa mencabut nikmatNya itu dengan sekaligus. Kamu sekalian tidak akan luput dari tinjauan Allah atas segala perbuatanmu, Dari itu hendaklah kamu berhati-hati.
Tidak lama kemudian, orang tua yang baik itupun meninggal dunia, semua kekayaan dan kebun itu menjadi hak anak-anaknya itu, sebagai pusaka.
Hari berganti bulan, semua tanaman-tanaman dari kebun itu dengan buah-buahannya yang lebat dan subur, semakin mendekati hari untuk dipetik hasilnya. Musim yang sekarang ini lebih baik dari musim musim sebelumnya, berkat nikmat dan pemberian Allah terhadap anak-anak itu. Datanglah masanya untuk memetik segala hasilnya.
Di kala itupun mereka berkumpul. Yang terbesar di antara mereka mulai berkata dalam pertemuan itu: Mulai saat ini tidak ada hak lagi bagi fakir miskin dan orang-orang yang mengemis atas hasil kebun kita ini. Semua hasil itu akan kita bagi sama banyak antara kita saja, juga merdeka untuk mempergunakan bagian kita masing-masing, menurut kehendaknya masing-masing pula, baik untuk disimpan mahupun ditukarkan. Tetapi kalau bahagian itu kita simpan bersama-sama dan tidak disedekahkan kepada siapapun juga, pasti kita akan semakin kayaraya dan harta kita akan selalu bertambah banyak.
Anak yang saleh antara anak-anak itupun lalu menjawab: "Engkau merencanakan sebuah rencana yang baik menurut fikiranmu, tetapi yang sebenarnya salah dan pasti membawa keburukan dalam
masyarakat ini. Rencana yang engkau kira akan membawa manfaat itu, sebenarnya akan menimbulkan siksa dan bencana saja. Cuba, kalau hak fakir miskin itu kamu sanggah dan kamu langgar, akan timbullah perasaan hasad dan dengki dikalbu mereka, Akhirnya kita tidak akan merasakan keamanan lagi dalam hidup kita, sebab mungkin mereka akan memberontak terhadap kita. Sebab itu, janganlah rencanamu itu dijalankan dan mari kita kembali kepada rencana yang sudah diamanatkan almarhum bapa kita sendiri, dengan cara memberikan haknya fakir miskin, dengan tidak menguranginya sedikit juga. Sesudah hak mereka kita keluarkan, maka yang tinggal itu adalah hak kita, hak yang diredhai Allah dan akan penuh dengan berkat.
Mendengar pendapat anak yang saleh ini, mereka sama berteriak dengan suara keras menyanggahkan: "Jangan kau kemukakan rencanamu itu, berhentilah kamu dari berkata-kata demikian. Hanya engkau saja yang tidak bersetuju dari apa yang sudah kami setujui bersama !
Mendengar sanggahan sekeras ini, dengan sabar anak yang saleh itu berkata pula: Sebelum menyanggah kata-kataku yang benar ini, lebih baik kamu bersabar dan berfikir tenang terlebih dahulu. Kalau masih juga belum dapat bersabar dan tenang hatimu, kuanjurkan agar kita sekalian lebih dahulu bersembahyang, kerana sembahyang itu adalah ubat ketenangan dan kesabaran batin !
Ajakan ini tidak mereka jawab, yang ertinya mereka tidak mahu menerimanya samasekali.
Matahari sudah mulai turun dan hari pun menjelang malam. Di waktu senjakala yang lengang dan sepi itu, mereka kembali berapat dan musyawarah lagi.
Yang mereka muafakatkan ialah bagaimana caranya mereka dapat memungut hasil kebun itu dengan tidak setahu fakir miskin dan orang banyak, agar semua fakir miskin jangan sampai turut dan tidak usah mendapat bahagiannya. Hasil dari permusyawaratan itu, ialah mereka akan memetik segala hasil kebun itu di pagi buta, sebelum terbitnya matahari dan sebelum orang-orang di sekitarnya bangun dari tidurnya. Semua hasil itu akan mereka bagikan untuk mereka saja.
Mereka menetapkan, bahawa esok hari sebelum matahari terbit, semua hasil kebun itu sudah berada dalam gudangnya masing-masing dengan pasti, tanpa ragu-ragu dan tanpa insya Allah lagi.
Tuhan Maha Mendengar dan Maha Mengetahui atas segala pembicaraan dan putusan yang mereka ambil itu. Di malam itu juga dikirim Allah bala besar kepada kebun itu, sehingga seluruh tanaman dan buahnya kering, gugur dan hancur di atas tanah, sehingga tidak ada barang sebiji pun yang dapat diambil hasilnya.
Pagi-pagi benar mereka itu bangun dari tidurnya. Dengan diam-diam mereka menuju ke kebun dengan membawa sabit dan keranjang-keranjang buah. Setelah tiba di pagar kebun, mereka melihat apa yang sudah terjadi dengan kebun serta tanamannya. Kesemuanya sudah kering, gugur, menjadi hancur dan busuk, serta menjadi satu dengan tanah.
Kata mereka: "Petang kemarin kita lihat kebun ini masih menghijau subur, tidak kurang air yang mengalir di antara tanaman-tanaman yang sedang berbuah lebat dan sudah matang-matang itu. Kenapa sekarang jadi begini? Barangkali ini bukan kebun kita. mungkin kita salah jalan, kerana hari masih gelap.
Berkata pula anak yang saleh: "Ah, ini memang benar kebun kita sendiri, nyata sekali yang ini adalah kebun kita, Allah rupanya telah menghukum kita, kerana kamu telah membuat rencana yang salah. Bukankah sudah kuterangkan dan diamanatkan pula oleh bapa kita sendiri, bahawa semua itu mudah saja bagi Allah? Allah tidak rela nikmat dan pemberianNya itu diperkosa oleh orang-orang yang berdosa dan aniaya.
Barulah mereka insaf, lalu hadap-menghadapi, salah-menyalahkan satu sama lain dan akhirnya mereka mengeluh: "Maha Suci Allah, kami mengaku bahawa kami sudah aniaya. Ya, kiranya kami sudah derhaka, kami berjanji akan tunduk pada aturan Tuhan kami.
Sesal yang sudah terlambat. Sesal kemudian yang tidak berguna. Ini baru siksaan dunia bagi mereka. Di akhirat nanti, untuk mereka disediakan lagi 

Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.

Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari- carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.

Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".

Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab "Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?" Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa". "Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.

Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah salahseorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman " Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah keatas nikmat

kisah nabi sulaiman dengan kubah ajaib ^_^

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Allah s.w.t berfirman:


"Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: 'Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.' Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata: 'Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu, sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.'" (QS. an-Naml: 15-16)


"Dan Sulaiman telah mewarisi Daud. " Beliau mewarisi Daud dalam sisi kenabian dan kekuasaan, bukan mewarisi harta kerana para nabi tidak mewariskan. Sebab sepeninggal mereka, harta mereka menjadi sedekah bagi orang-orang yang ada di sekitar mereka, yaitu orang-orang fakir dan orang yang membutuhkan. Dan harta para nabi tidak dikhususkan bagi kalangan keluarganya. Rasulullah saw bersabda: "Kami para nabi tidak mewariskan." Sulaiman mewarisi kenabian dari Daud. Ini adalah hal yang jelas. Allah s.w.t telah memilihnya sebagai Nabi dari Bani Israil. Begitu juga, Allah s.w.t telah memberinya kekuasaan (kerajaan) sehingga ia menjadi pimpinan Bani Israil. Barangkali sesuatu yang paling penting yang diwarisi oleh Sulaiman dari Daud adalah tradisi militer. Kemajuan militer yang dahsyat ini telah berpindah kepada Sulaiman. Daud sebenarnya adalah seorang penggembala kambing yang miskin, tetapi seiring dengan perjalanan waktu, ia menjadi komandan pasukan yang tiada tandingannya. Perubahan keadaan ini adalah sebagai bentuk ilham dari Allah s.w.t dan sebagai dukungan dari-Nya.


Daud mengetahui bahawa kekuatan yang hakiki yang mengatur alam wujud adalah kekuatan Allah s.w.t. Ketika ia menghulurkan tangannya dan memegang potongan batu lalu beliau melemparkannya melalui katapelnya ke arah Jalut, maka ini sebagai bentuk demonstrasi kekuatan darinya. Kehadiran Nabi Daud mengubah keadaan pasukan Bani Israil di mana mereka sebelumnya lari jika berhadapan dengan musuh, maka kini keberadaan mereka mulai diperhitungkan. Di masa hidupnya, Daud mengalami peperangan yang cukup banyak namun Al-Quran tidak menceritakan secara terperinci hal itu. Al-Quran adalah kitab dakwah di jalan Allah s.w.t, dan bukan kitab sejarah. Al-Quran hanya mengatakan:


"Dan Kami kuatkan kerajaannya." (QS. Shad: 20)


Ayat tersebut bererti bahawa Daud belum pernah terkalahkan dalam peperangan yang diikutinya. Di samping dukungan yang Allah s.w.t berikan kepada Daud, juga pasukannya dan rakyatnya di mana mereka adalah orang-orang yang bertauhid dan menyerahkan diri kepada Allah s.w.t, Allah s.w.t mengungkapkan kepada Daud hal-hal yang menjadikan pasukannya memiliki keistimewaan yang dengannya mereka dapat mengalahkan pasukan-pasukan yang lain yang ada di bumi saat itu.


Allah s.w.t berfirman:


"Dan Kami telah melunakkan besi untuknya." (QS. Saba': 10)


Masalah baju besi yang dibuat untuk orang-orang yang hendak berperang cukup mengganggu gerakan mereka. Anda bisa bayangkan ketika ada dua orang yang berperang yang salah satunya dapat bergerak dengan bebas, sementara yang lain tidak leluasa bergerak. Namun dengan kekuasaan Allah s.w.t, Nabi Daud dapat melunakkan besi dan membuat darinya baju besi yang ringan. Ini adalah kemajuan penting yang Allah s.w.t berikan kepada Daud dan tenteranya. Kemajuan ini kini dimiliki oleh Sulaiman. Demikianlah Sulaiman memiliki pasukan yang dahsyat yang melebihi pasukan mana pun di bumi saat itu. Bahkan Allah s.w.t menambah kurnia-Nya kepada Sulaiman:


"Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: 'Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.'" (QS. an-Naml: 16)


Ketika kita membuka lembaran-lembaran sejarah kehidupan Nabi Sulaiman yang diungkap oleh Al-Quran, maka kita akan mengetahui bahawa kita berada di masa keemasan Bani Israil, yaitu masa Nabi mereka dan penguasa mereka Sulaiman. Sulaiman tidak merasa puas dengan apa yang telah diwarisinya dari Daud. Ambisinya mendorongnya untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar.


Pada suatu hari ia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah s.w.t. Antara hati Nabi dan Allah s.w.t tidak ada penghalang, jarak, atau waktu. Tak seorang pun dari para nabi yang berdoa kepada Allah s.w.t kecuali doanya pasti terkabul. Kejernihan hati ketika mencapai puncak tertentu, maka ia akan menggapai apa saja yang diinginkan di jalan Allah s.w.t. Dalam doanya, Nabi Sulaiman berkata:


"Ia berkata: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahilah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorangpun sesudahku." (QS. Shad: 35)


Sulaiman menginginkan dari Allah s.w.t suatu kerajaan yang belum pernah diperoleh oleh siapa pun setelahnya. Allah s.w.t mengabulkan doa hamba-Nya Sulaiman dan memberinya kerajaan tersebut. Barangkali orang-orang yang hidup di saat ini bertanya-tanya mengapa Sulaiman meminta kerajaan ini yang belum pernah dicicipi oleh seorang pun setelahnya? Apakah Sulaiman - sesuai dengan bahasa kita saat ini - seorang lelaki yang gila kekuasaan. Tentu kita tidak menemukan sedikit pun masalah yang demikian dalam hati Sulaiman. Ambisi Sulaiman untuk mendapatkan kekuasaan atau kerajaan adalah ambisi yang ada di dalam seorang nabi, dan tentu ambisi para nabi tidak berkaitan kecuali dengan kebenaran. Ambisi tersebut adalah bertujuan untuk memudahkan penyebaran dakwah di muka bumi. Sulaiman sama sekali tidak cinta kepada kekuasaan dan ingin menunjukkan sikap kesombongan namun beliau ingin mendapatkan kekuasaan untuk memerangi kelaliman yang menyebar di muka bumi. Perhatikanlah kata-kata Sulaiman kepada Balqis ketika beliau berdialog dengannya tentang singgahsananya dalam surah an-Naml:


"Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: 'Serupa inikah singgahsanamu?' Dia menjawab: 'Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri." (QS. an-Naml: 42)


Demikianlah kata-kata Sulaiman yang bijaksana. Menurut kami, itu adalah kata-kata yang membenarkan permintaannya untuk memiliki kekuasaan dan kekuatan. Sulaiman telah mengerahkan semua kemuliaan dan kekuasaannya dalam rangka menegakkan agama Allah s.w.t dan menyebarkan Islam. Tidakkah ratu Saba' berkata pada akhir ceritanya bersama Sulaiman:


"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat lalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam." (QS. an-Naml: 44)


Setelah Mukadimah pokok ini, marilah kita membuka halaman-halaman cerita Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman mewarisi kekuasaan, kenabian, dan hikmah (ilmu) dari Daud. Orang-orang menyebutnya: Sulaiman al-Hakim (Sulaiman yang bijaksana). Kebijaksanaan Nabi Sulaiman tidak terbatas pada keadilannya di tengah-tengah manusia dan kasih sayangnya kepada mereka namun kebijakan Sulaiman juga berlaku di kalangan burung dan binatang lainnya. Nabi Daud juga mengenal bahasa burung, tetapi Sulaiman dapat berbicara dengan bahasa burung, bahkan ia dapat menjadikannya pembantunya. Ketika Nabi Daud bertasbih, maka gunung- gunung dan burung-burung serta binatang-binatang buas pun ikut bertasbih bersamanya bahkan angin pun berhenti untuk mendengarkan tasbih ini, sedangkan Nabi Sulaiman, Allah s.w.t memberinya kurnia lebih dari itu di mana binatang-binatang buas tunduk padanya, begitu juga angin dan burung.


Allah s.w.t berfirman:


"Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: 'Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.' Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata: 'Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu, sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.'" (QS. an-Naml: 15-16)


Nabi Sulaiman mampu mendengar bisikan semut yang berbicara dengan sesama mereka, bahkan ia mampu memerintahkan semut tersebut sehingga semut itu taat kepada perintahnya. Pasukan Nabi Sulaiman memiliki kekuatan yang sangat dahsyat di dunia. Belum pernah ada di dunia suatu pasukan yang memiliki kekuatan seperti ini, Kekuatan Nabi Sulaiman berasal dari beberapa kombinasi yang sangat mengagumkan sehingga kerananya ia tidak dapat tertanding. Kekuatan itu terdiri dari manusia, jin, dan burung. Kita mengetahui bahawa jin adalah makhluk Allah s.w.t dan manusia tidak mampu melihatnya atau menghadirkannya atau meminta pertolongannya, sedangkan Sulaiman telah diberi Allah s.w.t kemampuan untuk menundukkan jin dan memperkerjakan mereka sebagai tentera di tengah-tengah peperangan, bahkan ia mampu menjadikan mereka sebagai pekerja-pekerja kasar di kerajaannya saat tidak ada peperangan. Ketika ada pasukan lain yang mencuba melawan pasukan ini, maka mustahil mereka akan merasakan kemenangan. Bahkan pasukan Sulaiman juga diperkuat oleh pasukan burung. Burung di pasukan Sulaiman memerankan tugas penting. Yaitu apa yang kita kenal saat ini dengan istilah badan perisikan. Kita mengetahui bahawa peranan informasi saat peperangan adalah hal yang sangat penting. Dari informasi tersebut, pasukan dapat mengetahui keadaan musuhnya. Demikianlah peranan burung pada pasukan Sulaiman. Ia terbang di tengah-tengah musuh kemudian ia kembali kepada Sulaiman untuk menyampaikan berita tentang keadaan musuhnya. Di samping jin dan burung, Allah s.w.t juga menundukkan angin untuk Sulaiman. Nabi Sulaiman dapat memerintah angin dan ia mampu untuk menaiki angin bersama tenteranya.


Sekarang, kita mengetahui bahawa ide adanya pesawat terbang adalah berangkat dari usaha memanfaatkan udara di mana pesawat tersebut dapat terbang di dalamnya meskipun ia lebih berat darinya. Namun sejak dahulu Allah s.w.t memberikan kemampuan ini kepada Sulaiman di mana ia mampu menundukkan angin dan menggunakannya demi kepentingannya. Oleh kerana itu, pasukan Sulaiman juga terdiri dari pasukan udara pada saat di mana tak seorang pun memimpikan untuk terbang di udara. Barangkali mukjizat ini yang Allah s.w.t berikan kepada Sulaiman menjadi sebab kejayaan militernya sehingga pasukannya tidak tertanding. Allah s.w.t berfirman:


"Dan dihimpunkan kepada Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka diatur dengan tertib (dalam barisan)." (QS. an- Naml: 17)


"Kemudian Kami tundukkan kepada angin yang berhembus dengan baik menurut kemana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu. Inilah anugerah Kami;, maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) dengan tiada pertanggungan jawab. Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat pada sisi Kami dan tempat kembali yang baik." (QS. Shad: 36-40)


Kita akan mengetahui bahawa Sulaiman akan meninggalkan ide untuk menggunakan kuda di tengah-tengah pasukannya setelah ia pada suatu hari dibuatnya lupa pada solat. Ketika Sulaiman meninggalkan kuda dalam rangka mencapai redha Allah s.w.t, maka Dia menggantikannya dengan angin yang bertiup sesuai dengan perintahnya ke mana pun ia pergi dan ke mana pun tempat yang diinginkannya. Di samping senjata udara yang Allah s.w.t berikan kepada Sulaiman, Allah s.w.t juga memberikan kemampuan yang tak seorang pun dari para nabi mendapatkannya. Yaitu kemampuan untuk memerintah syaitan. syaitan adalah salah satu bahagian dari jin. Ia adalah kelompok yang celaka dari jin. Kelompok ini sebenarnya tidak mampu dikuasai oleh manusia, bahkan jin yang soleh pun tidak dapat mengatur mereka. Adapun Sulaiman, Allah s.w.t telah memberinya kekuasaan untuk menundukkan syaitan dan mempekerjakannya bahkan mengikatnya dengan rantai serta menghukumnya jika ia menentang perintahnya.


syaitan membangun untuk Sulaiman istana dan patung-patung dan alat- alat perang. Bahkan syaitan-syaitan itu menyelam di dasar lautan untuk mengeluarkan permata dan yakut untuk Sulaiman. Jika ada di antara syaitan yang menentang perintahnya, maka Nabi Sulaiman mengikatnya dengan rantai. Ini semua menunjukkan kekayaan Sulaiman dan kekuasaannya di mana ia mampu mengatur banyak makhluk di dunia. Tentu kemampuannya itu atas izin atau kehendak dari Tuhannya sebagai mukjizat dari-Nya. Allah s.w.t berfirman:


"Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku)." (QS. Saba': 12)


Nabi Sulaiman yang bijaksana adalah penguasa yang tak tertanding di muka bumi. Meskipun memperoleh nikmat-nikmat yang khusus dan agung ini yang Allah s.w.t berikan kepada Sulaiman, beliau tetap menunjukkan sebagai manusia yang paling banyak berzikir kepada-Nya dan manusia yang paling banyak bersyukur di zamannya.


Allah s.w.t berfirman tentang Sulaiman:


"(Sulaiman) sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 30)


Al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t melalui solat, puasa, tasbih, menangis, istighfar, dan mengungkapkan rasa cinta yang dalam. Hamba yang kembali adalah hamba yang menuju Allah s.w.t. Waktu solat bagi Sulaiman adalah waktu yang sangat penting sehingga ketika datang waktu itu, maka beliau tidak bisa disibukkan dengan hal yang lain. Pada suatu hari, beliau nyaris kehilangan waktu solat. Tentu hal ini di luar kehendaknya. Pada saat itu, beliau sibuk mengurus persoalan yang penting, yaitu menyiapkan tentera untuk perang. Saat itu bertepatan dengan waktu Asar. Sulaiman masih menyiapkan kuda tentera- tenteranya. Kuda pada waktu itu menjadi senjata yang penting di tengah-tengah pasukannya. Sulaiman lewat di depan kuda dan memeriksanya sehingga beliau nyaris kehilangan waktu solat Asar.


Sulaiman sujud kepada Allah s.w.t kemudian ia solat. Ia meminta agar kuda itu dikembalikan kepadanya. Ketika kuda datang, ia mengusap lehernya dan kakinya dengan tangannya lalu ia meminta ampun kepada Allah s.w.t kerana ia sibuk menyiapkan pasukan untuk berjihad sehingga nyaris kehilangan waktu solat. Sejak peristiwa itu, Sulaiman merasa tidak lagi membutuhkan kuda di tengah-tengah pasukannya. Lalu Allah s.w.t menggantikannya dengan angin yang mampu membawa tenteranya ke mana pun ia pergi. Allah s.w.t berfirman:


"Dan Kami kurniakan kepada Daud, Sulaiman, dia adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya). (Ingatlah) ketika dipertunjukkan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu sore. maka ia berkata: 'Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan.' Bawalah semua kuda itu kembali kepadaku.' Lalu ia potong kaki dan leher kuda itu." (QS. Shad: 30-33)


Sulaiman mengetahui penyakit kuda dan ia mampu berbicara dengan bahasa kuda, bahkan kuda itu pun mentaati perintah Nabi Sulaiman. Allah s.w.t juga memberikan kenikmatan lain atas Sulaiman Allah s.w.t berfirman:


"Dan Kami alirkan cairan tembaga baginya." (QS. Saba': 12)


Al-Kithir adalah tembaga yang dicairkan. Sebagaimana Allah s.w.t memberikan nikmat atas ayahnya Daud di mana ia mampu melunakkan besi dan Allah s.w.t mengajarinya bagaimana cara mencairkannya, maka Sulaiman pun memanfaatkan tembaga yang cair itu untuk peperangan dan di saat perdamaian. Pada saat peperangan beliau mencampur tembaga dengan besi dan membuat darinya perunggu. Mereka menggunakan senjata-senjata perunggu dalam peperangan, seperti pedang, baju besi dan pisau. Senjata-senjata ini adalah senjata yang paling kuat di saat itu. Sedangkan di saat perdamaian, tembaga digunakan untuk membuat bangunan, patung, dan sebagainya. Meskipun Nabi Sulaiman mendapatkan nikmat yang besar ini dan kurnia yang khusus, Allah s.w.t telah mengujinya dengan suatu ujian. Ujian akan selalu datang pada seorang hamba. Ketika hamba itu mendapat kedudukan besar, maka ujiannya pun menjadi besar. Allah s.w.t menguji Sulaiman dengan penyakit.


Allah s.w.t berfirman:


"Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kerusinya sebagai tubuh (yang lemah kerana sakit), kemudian ia bertaubat. Ia berkata: 'Ya Tuhanku, ampunilah aku anugerahkanlah kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorang pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi. Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang ia kehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam. " (QS. Shad: 34-37)


Para ahli tafsir berbeza pendapat tentang fitnah atau ujian yang dialami oleh Nabi Sulaiman. Barangkali riwayat yang paling terkenal dalam hal ini adalah riwayat yang paling penuh dengan kebohongan. Dikatakan bahawa Sulaiman bertekad untuk menggilir isteri-isterinya yang berjumlah tujuh ratus pada satu malam saja untuk melakukan hubungan seks dengan mereka, sehingga para wanita itu akan melahirkan seorang anak yang dapat berperang di jalan Allah s.w.t. Sulaiman tidak mengatakan insya- Allah lalu ia menggilir isteri-isterinya dan tidak ada seorang pun yang melahirkan kecuali seorang wanita yang melahirkan anak yang buruk rupa.


Kisah tersebut berbeza atau kontradiksi dari permulaannya dan akhirannya. Tentu kisah itu berasal dari cerita khurafat yang direkayasa oleh orang-orang Yahudi atau termasuk dari israiliyat. Hakikat ujian yang dialami Nabi Sulaiman adalah apa yang disebutkan oleh Fakhrur Razi: "Sulaiman diuji dengan suatu penyakit yang keras di mana kedoktoran saat itu tidak mampu mengatasinya. Sakitnya Sulaiman sangat keras sehingga para doktor dari kalangan manusia dan jin pun tidak mampu menghilangkan penyakitnya. Lalu burung-burung menghadirkan rumput- rumput yang dianggap sebagai ubat tetapi Sulaiman pun belum juga sembuh. Semakin hari penyakit Sulaiman semakin menjadi-jadi sehingga ketika Sulaiman duduk di atas kerusi ia duduk bagaikan tubuh tanpa roh, seakan-akan ia mati kerana saking kerasnya penyakit yang dideritanya. Sakit yang diderita oleh Sulaiman terus berlanjutan untuk beberapa saat namun Sulaiman tidak henti-hentinya berzikir kepada Allah s.w.t dan meminta kesembuhan kepada-Nya serta beristighfar kepada-Nya dan mengungkapkan rasa cintanya kepada-Nya."


Selesailah ujian Allah s.w.t terhadap hamba-Nya, Sulaiman. Beliau pun sembuh. Kini Sulaiman merasakan kembali kesehatannya setelah ia mengetahui segala kejayaannya dan segala kekuasaannya serta segala kebesarannya tidak lagi mampu menghilangkan penyakit yang dideritanya kecuali jika Allah s.w.t menghendakinya. Inilah pendapat yang lebih menenangkan hati kami. Pendapat tersebut sesuai dengan kemaksuman Sulaiman sebagai Nabi yang bijaksana dan Nabi yang mulia:


"Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kerusinya sebagai tubuh (yang lemah kerana sakit)" (QS. Shad: 34)


Sakit yang diderita Sulaiman membuat dirinya seperti jasad yang tak bernyawa. Kata jasad dalam bahasa Arab diungkapkan atas sesuatu yang kehilangan kehidupan atau kesehatan. Sulaiman berubah menjadi jasad kerana saking kerasnya penyakit yang dideritanya.


"Kemudian ia bertaubat." (QS. Shad: 34)


Lalu Nabi Sulaiman kembali sehat. Ia meminta pertolongan dengan rahmat Allah s.w.t lalu Allah s.w.t menyembuhkannya dan merahmatinya. Nabi Sulaiman telah membangun masjid atau tempat beribadah sehingga manusia menyembah Allah s.w.t di dalamnya. Rumah ini menunjukkan keunggulan seni arkitektur dan seni pahat. Orang-orang yang membangun rumah ini berjumlah puluhan ribu orang. Tentu setiap kelompok dari mereka memiliki pekerjaan masing-masing. Di antara mereka ada yang mencairkan tambang; di antara mereka ada tukang pahat; ada yang membelah batu; ada yang memotong-motong kayu; ada yang mendatangkan rumput-rumput dari Lebanon; ada yang melelehkan emas dan menjadikannya lempengan-lempengan yang mengkilat untuk menutupi kayu dan menutupi dinding.


Bahkan golongan jin juga membantu pembangunan rumah tersebut, tentu dengan perintah dan bimbingan Nabi Sulaiman. Mereka membuat patung- patung yang besar dan membuat bejana yang besar untuk tempat, makanan para tentera dan pekerja, yaitu bejana seperti gunung kerana saking beratnya dan besarnya. Mereka juga membuat tempat-tempat minum yang besarnya seperti kolam. Sulaiman mengawasi para pekerjanya dan juga mengurus masyarakatnya di mana beliau mengenali masalah mereka dan berusaha memecahkannya. Beliau juga mengawasi pasukannya dari kalangan binatang dan burung. Beliau mengetahui apakah ada satu di antara mereka yang tidak hadir dan di mana ia pergi serta mengapa ia pergi.


Nabi Sulaiman bukan hanya mengetahui masalah tenteranya dari kalangan manusia dan tenteranya dari kalangan burung, namun ia juga menunjukkan kasih sayangnya terhadap semut di mana beliau mendengar bisikannya dan tidak suka untuk menginjaknya. Nabi Sulaiman selalu menundukkan kepalanya ke bumi sebagai bentuk rasa rendah diri dan syukur kepada Allah s.w.t. Pada suatu hari ia berjalan di depan tenteranya dan tiba-tiba ia mendengar suara semut yang berkata kepada temannya dari kalangan semut:


"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: 'Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak terinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari';, maka dia tersenyum kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: 'Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada ke dua orang ibu dan bapakku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." (QS. an-Naml: 18-19)


Sulaiman mendengarkan pembicaraan semut itu lalu beliau tersenyum kerana mendengar pembicaraannya. Apa yang dibayangkan oleh semut kecil itu? Meskipun Sulaiman mendapatkan kekuasaan dan memiliki tentera yang besar, namun beliau menunjukkan kasih sayang terhadap semut. Beliau mendengar bisikannya dan melihat semut yang di depannya. Oleh kerana itu, tak mungkin baginya untuk menginjaknya. Sulaiman bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah memberinya nikmat ini, yaitu nikmat rahmat dan nikmat kasih sayang. Di samping itu, Sulaiman orang yang paling kaya di dunia di mana istananya terbuat dari kayu gaharu yang memiliki bau yang harum dan istananya terbuat dari emas dan terkadang dari kristal. Beliau juga memiliki kerusi besar yang dibuat dari emas dan permata. Istana Sulaiman merupakan istana yang paling besar di dunia. Sulaiman menggunakan pakaian dari emas dan permata. Meskipun demikian, Sulaiman tetap menunjukkan sebagai hamba yang berserah diri dan rendah diri kepada Allah s.w.t dan kepada manusia. Nabi Sulaiman yang merendahkan dirinya di hadapan Allah s.w.t dan ia selalu sujud pada Allah s.w.t sebagaimana ayahnya yang selalu bertasbih kepada Allah s.w.t. Sulaiman selalu melantunkan lagu-lagu cinta Ilahi dan hanya memuji Allah s.w.t.


Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengeluarkan perintahnya kepada pasukannya untuk bersiap-siap. Sulaiman keluar memeriksa pasukannya. Satu demi satu pasukannya ditelitinya. Kelompok yang pertama adalah kelompok manusia. Sulaiman memperhatikan kesiapan mereka, lalu Sulaiman mengeluarkan perintah-perintahnya. Kemudian Sulaiman memeriksa kelompok jin dan menyampaikan perintah-perintahnya kepada mereka. Beliau memenjarakan jin yang tampak bermalas-malas saat bekerja. Lalu ia memeriksa binatang dan berkata kepada mereka, apakah mereka sudah, makan dengan baik dan tidur dengan nyenyak, apakah ada yang mengadu kepadanya, misalnya kerana penyediaan, makanan tidak layak, apakah di sana ada yang sakit, dan sebagainya. Ketika Sulaiman merasa puas dengan semuanya, Sulaiman memasuki tenda tempat berkumpulnya burung. Belum lama Sulaiman memasuki tenda tersebut dan mengamat-amati keadaan di sekitarnya sehingga ia mengetahui burung yang tidak hadir yaitu Hud-hud:


"Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: 'Mengapa aku  tidak melihat hud-hud." (QS. an-Naml: 20)


Burung-burung yang lain tampak terdiam sebagai penghormatan dan akan mendengarkan apa yang akan dikatakan pemimpin mereka Sulaiman. Beliau mengarahkan pandangannya pada semua burung dan tidak menemukan Hud-hud di antara mereka. Tak seekor burung pun yang mengetahui keberadaannya. Sulaiman mulai menampakkan kemarahannya:


"Apakah dia termasuk yang tidak hadir?" (QS. an-Naml: 20)


Tiba-tiba seekor burung kecil memberanikan diri untuk berkata kepada Sulaiman: "Wahai Nabi yang mulia, seharusnya hud-hud ada bersamaku kelmarin untuk melaksanakan tugas penyelidikan. Ia adalah pemimpin misi itu namun hud-hud belum datang. Oleh kerana itu, aku tidak pergi bersamanya." Burung itu tampak gementar ketakutan. Sulaiman mengetahui bahawa hud-hud tidak hadir, dan tak seorang pun mengetahui kepergiannya. Hud-hud pergi tanpa terlebih dahulu meminta izin kepada Sulaiman dan tidak memberitahu di mana keberadaannya. Dalam keadaan marah, Sulaiman berkata:


"Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika ia benar-benar datang kepadaku dengan alasan yang jelas." (QS. an-Naml: 21)


Kawanan burung mengetahui bahawa Sulaiman sedang marah dan telah menetapkan untuk menyeksa hud-hud atau menyembelihnya atau justru memaafkannya dengan syarat, ia datang dengan membawa alasan yang dapat menyelamatkannya. Atau dengan kata lain, hud-hud dapat memastikan bahawa ia melaksanakan tugas yang penting. Sulaiman menunjukkan kemarahan yang besar sehingga siapa pun akan merasa takut. Ketika Sulaiman marah - meskipun beliau terkenal dengan kasih sayangnya - maka kemarahannya kerana membela kebenaran, kemudian beliau dapat melaksanakan ancamannya dengan cara yang mudah. Seekor burung tampak gementar ketakutan melihat kemarahan Sulaiman, lalu beliau menghulurkan tangannya ke burung itu dan memegang-megang kepalanya sehingga burung itu pun merasa tenang dan rasa takutnya hilang.


Sulaiman pergi dari tenda burung itu dan menuju istananya. Sulaiman masih memikirkan keadaan hud-hud. Seharusnya hud-hud menjadi bahagian penting dari badan perisikan. Apakah ia pergi untuk menyingkap sesuatu, atau apakah ia pergi hanya untuk bermain-main? Sulaiman telah memperhatikan dan mengetahui bahawa hud-hud adalah seekor burung yang cerdik dan juga fasih berbicara. Terkadang Sulaiman mendapati hud-hud sedang bermain-main dan menunda pekerjaannya. Sulaiman melihatnya dan hud-hud memakami bahawa ini tidak benar. Sebab, ia tidak boleh mencampur adukkan antara waktu serius dan waktu bermain.


Akhirnya, tidak lama setelah kepergiannya, hud-hud tiba di tenda burung. Burung-burung yang lain berkata kepadanya: "Pergilah engkau ke tempat tuan kita Sulaiman. Jika ia mengetahui bahawa engkau telah sampai, maka jiwamu benar-benar terancam." Hud-hud terbang dan menemui Sulaiman. Pada waktu itu beliau sedang duduk sambil, makan. Hud-hud berdiri dan telah menetapkan untuk memulai pembicaraan dengan Sulaiman sebelum beliau bertanya kepadanya ke mana dia pergi. Ini sebagai bukti bahawa ia melaksanakan tugas penting. Hud-hud berkata:


"Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba' suatu berita penting yang diyakini." (QS. an-Naml: 22)


Aku adalah hud-hud yang miskin, tetapi aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui, dan aku telah datang kepadamu dari kerajaan Saba' dengan membawa berita yang sangat penting. Sulaiman tampak terdiam dan menunggu hud-hud menyelesaikan pembicaraannya:


"Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk." (QS. an-Naml: 23-24)


Hud-hud diam sejenak dan Sulaiman merasa bahawa hud-hud menunjukkan kefasihan lisannya dan berbicara dengan baik kepadanya. Hud-hud mengemukakan perkataan yang sering disampaikan Sulaiman kepada manusia dan burung:


"Agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar." (QS. an-Naml: 25-26)


Jelas sekali bahawa hud-hud mengulangi perkataan pemimpin kita Sulaiman, sebagai usaha terakhir untuk memperoleh kasih sayang Sulaiman dan agar beliau puas dengan penjelasannya itu. Sulaiman berkata sambil menunjukkan senyuman manis di wajahnya:


"Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah kamu termasuk orang- orang yang berdusta." (QS. an-Naml: 27)


Hud-hud ingin mengatakan, aku tidak bohong wahai Nabi yang mulia namun diamnya Sulaiman membuatnya takut, sehingga ia pun terdiam. Sulaiman terdiam kerana berfikir, lalu ia memutuskan sesuatu. Setelah itu, beliau mengangkat kepalanya dan meminta secarik kertas dan pena. Sulaiman segera menulis surat singkat dan menyerahkannya kepada hud- hud serta memerintahkannya:


"Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan." (QS. an-Naml: 28)


Al-Quran al-Karim hanya menceritakan dalam surah an-Naml bagaimana perginya hud-hud dan bagaimana ia menyerahkan surat itu. Lalu, Al- Quran langsung menyebut keadaan kerajaan Balqis yang saat itu ia sedang membaca surat tersebut di depan para pembesar kerajaannya dan para menterinya:


"Berkata ia (Balqis): 'Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya: 'Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. bahawa janganlah kalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.'" (QS. an-Naml: 29- 31)


Dalam surat Sulaiman itu disebutkan, hendaklah mereka menyerahkan diri dan tunduk kepada perintahnya. Sulaiman memerintahkan agar mereka meninggalkan penyembahan terhadap matahari. Sulaiman tidak mempersoalkan akidah mereka dan tidak memuaskan mereka dengan apa pun. Sulaiman hanya memerintahkan bahawa ia berada di atas kebenaran. Bukankah ia didukung kekuatan yang berlandaskan keyakinan yang dimilikinya Sulaiman hanya memerintahkan mereka agar tunduk dan patuh kepadanya. Ratu Saba' menyampaikan surat tersebut di tengah- tengah kaumnya:


"Berkata dia (Balqis): 'Hai putera para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku).'" (QS. an- Naml: 32)


Sementara itu, reaksi para pembesar istana adalah menentang surat tersebut. Isi surat itu membangkitkan kecongkakan kaum Saba' di mana mereka merasa lebih kuat. Mereka mengetahui bahawa di sana ada orang yang mencuba menentang mereka dan mengisyaratkan peperangan kepada mereka, lalu ia meminta kepada mereka untuk memenuhi syarat- syaratnya sebelum terjadinya peperangan dan kekalahan:


"Mereka menjawab: 'Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu;, maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan." (QS. an-Naml: 33)


Para pembesar kaumnya ingin berkata, kita siap untuk melaksanakan peperangan. Tampaknya ratu itu memiliki kebijakan yang lebih baik daripada pembesar kaumnya. Surat Sulaiman itu membuatnya berfikir lebih jernih dan lebih hati-hati. Ia berusaha seboleh mungkin menghindari peperangan. Ratu itu berfikir dalam tempo yang lama. Nama Sulaiman tidak diketahuinya dan ia pun belum pernah mendengarnya. Oleh kerana itu, ratu tidak mengetahui kekuatannya. Boleh jadi Sulaiman memiliki kekuatan yang dahsyat sehingga ia mampu memerangi kekuasaannya dan mengalahkannya. Kemudian ratu memperhatikan apa yang ada di sekelilinginya. Ia melihat kemajuan masyarakatnya dan kekayaannya. Barangkali ia mengira bahawa Sulaiman iri terhadap kemajuan dan kekayaan ini sehingga Sulaiman ingin menyerangnya. Setelah mempertimbangkan isi surat Sulaiman dengan cermat, ratu Saba' memilih untuk tidak bersikap ceroboh. Ratu lebih suka untuk menggunakan bahasa kelembutan. Ia mengirim kepada Sulaiman suatu hadiah yang besar. Ratu mengira bahawa Sulaiman seorang yang ambisius yang boleh jadi ia telah mendengar tentang kekayaan kerajaannya.


Para utusan pergi dengan membawa hadiah dari ratu Saba'. Ratu berharap agar mereka dapat memasuki kerajaan Sulaiman dan akan mengetahui kondisi kerajaannya. Saat mereka pulang, ratu ingin mendengar secara langsung dari mereka tentang keadaan kaum Sulaiman dan pasukannya. Setelah mendapatkan informasi yang cukup, maka si ratu dapat membuat sesuatu keputusan yang tepat. Ratu menyembunyikan apa yang terlintas dalam dirinya lalu ia berbicara kepada pembesar istananya bahawa ia dapat menyingkap niat jahat raja Sulaiman melalui cara mengirim hadiah kepadanya. Ratu lebih memilih cara tersebut dan menunggu reaksi Sulaiman. Ratu berhasil memuaskan para pembesar istananya, dan untuk sementara ia menghilangkan ide berperang, kerana para raja jika menyerang suatu desa, maka pemimpin desa tersebut adalah orang yang paling banyak mendapatkan kehinaan dan cercaan. Akhirnya, para pembesar kaumnya merasa puasa dengan fikirannya itu. Allah s.w.t berfirman:


"Dia berkata: 'Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat. Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu.'" (QS. an-Naml: 34- 35)


Kemudian sampailah hadiah ratu Balqis ke Nabi Sulaiman. Para badan perisikannya memberitahunya bahawa para utusan Balqis datang dengan membawa hadiah. Sulaiman langsung mengetahui bahawa ratu itu sengaja mengirim orang-orangnya untuk mengetahui atau mendapatkan informasi tentang kekuatannya, lalu setelah itu, ia mengambil keputusan atau sikapnya kepada Sulaiman. Sulaiman segera memanggil semua pasukannya untuk berkumpul.


Utusan Balqis segera memasuki istana Sulaiman yang dipenuhi dengan pasukan besar yang bersenjata. Tiba-tiba, utusan Balqis tampak tercengang ketika melihat kekayaan mereka dan harta mereka tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan kerajaan Sulaiman. Hadiah mereka tampak tidak bererti. Emas yang mereka bawa tampak tidak bererti saat mereka memasuki istana Sulaiman yang terbuat dari kayu-kayu pohon gaharu yang mengeluarkan bau yang harum serta dihiasi dengan emas. Para utusan Balqis berdiri bersama Sulaiman dan menyaksikan bagaimana Sulaiman mengendalikan pasukannya. Kemudian mereka mulai berfikir tentang kekuatan dan kualiti pasukan Sulaiman. Betapa terkejutnya mereka ketika melihat di tengah-tengah pasukan itu terdapat singa, burung dan tentera dari kalangan manusia yang mampu terbang. Mereka pun sadar bahawa mereka di hadapan pasukan yang tiada taranya.


Selesailah demonstrasi pasukan Sulaiman. Kemudian para utusan ratu dipersilakan maju ke tempat hidangan, makan. Para utusan itu sangat terkejut ketika melihat berbagai macam, makanan dari penjuru bumi ada di depannya, dan di antara, makanan itu pun terdapat, makanan yang biasa di temukan di negeri mereka, tetapi mereka melihat bahawa, makanan itu memiliki rasa yang istimewa. Selain itu, piring-piring yang ada di depan mereka dan dijadikan tempat, makanan terbuat dari emas dan mereka dilayani oleh laki-laki yang berhias dengan emas, ratu mereka pun tidak mengenakan hiasan itu. Di meja, makan itu terdapat burung, ikan laut dan berbagai macam daging yang mereka tidak mampu lagi membezakannya. Sulaiman tidak, makan bersama mereka tetapi beliau, makan dengan menggunakan piring yang terbuat dari kayu. Beliau memakan roti yang kering yang dicampur dengan minyak. Inilah, makanan yang dipilihnya.


Sulaiman, makan bersama mereka dalam keadaan diam. Mereka merasa bahawa kehadiran Sulaiman menciptakan suatu kewibawaan yang luar biasa. Selesailah jamuan, makan itu, lalu dengan sangat malu, mereka menyerahkan hadiah ratu Balqis kepada Sulaiman. Hadiah itu berupa emas. Bagi mereka, hadiah itu sangat bernilai tetapi di sini hadiah ini tampak kecil di hadapan kekayaan yang sangat mengagumkan. Sulaiman memperhatikan hadiah ratu itu dan berkata:


"Maka tatkala utusan itu sampai kepada Sulaiman, Sulaiman berkata: 'Apakah (patut) kamu menolong aku dengan harta?, maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan-Nya kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu. (QS. an- Naml: 36)


Raja Sulaiman menyingkap - dengan kata-katanya yang singkat itu - penolakannya terhadap hadiah mereka. Ia memberitahu utusan itu bahawa ia tidak menerima hadiah tersebut. Ia tidak merasa puas dengan hadiah itu. Yang membuatnya puas hanya: "Janganlah kalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri. "


Lalu Sulaiman kembali berkata dengan pelan:


"Kembalilah kepada mereka. Sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba') dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina." (QS. an- Naml: 37)


Sulaiman meninggalkan para utusan ratu itu setelah terlebih dahulu mengancam mereka. Para utusan itu mengharap agar Sulaiman mau menunggu kunjungan ratu Balqis sendiri yang akan membawa misi perdamaian. Akhirnya, sampailah para utusan Balqis ke Saba' mereka segera menuju istana ratu. Mereka memberitahu bahawa negeri mereka ada di hujung tanduk. Mereka menceritakan kepada ratu kekuatan Sulaiman, dan tidak mungkin bagi mereka mampu melawannya. Mereka meyakinkan Balqis bahawa ia harus mengunjunginya dan melihat sendiri. Kemudian ratu menyiapkan dirinya untuk pergi menuju kerajaan Sulaiman. Sulaiman duduk di kerusi kerajaan di tengah-tengah para pembesarnya dan para menterinya serta para komandan pasukan. Beliau berfikir tentang Balqis. Sulaiman mengetahui bahawa Balqis menuju tempatnya. Balqis dikelilingi rasa takut. Sulaiman berfikir sejenak tentang bagaimana matahari disembah. Ia memikirkan bagaimana informasi yang diterima badan perisikannya tentang kemajuan kerajaan Balqis dalam bidang kesenian dan ilmu pengetahuan. Sulaiman bertanya kepada dirinya sendiri, apakah kemajuan menjadi penghalang untuk mengetahui kebenaran, apakah ratu itu gembira dengan kekuatan yang dicapainya dan ia membayangkan bahawa kekuatan adalah?


Dengan kemajuan yang dimilikinya, Sulaiman ingin membuat kejutan agar ratu mengetahui bahawa Islam yang diyakini oleh Sulaiman adalah satu-satunya yang mampu mendatangkan kemajuan dan kekuatan yang hakiki, sehingga ia dapat membandingkan antara keyakinannya dalam menyembah matahari berserta kemajuan yang dicapainya dan keyakinan Sulaiman juga berserta kemajuan yang diraihnya.


Para perisik Sulaiman telah memberitahunya bahawa hal yang sangat disegani dan dikagumi oleh kaum Balqis adalah kerajaan Saba', yaitu singgahsana ratu Balqis. Singgahsana itu terbuat dari emas dan batu mulia; singgahsana tersebut dijaga oleh para penjaga yang sangat disiplin di mana mereka tidak pernah lalai sedikit pun. Oleh kerana itu, sangat tepat bila Sulaiman menghadirkan singgahsana di sini, di kerajaannya sehingga ketika ratu tiba, maka ia dapat duduk di atasnya. Sulaiman ingin membuat kejutan kepadanya dan menunjukkan bahawa kemampuannya tersebut yang berlandaskan pada keislamannya. Sulaiman melakukan yang demikian itu dengan harapan agar si ratu tunduk kepadanya. Ide ini terlintas dalam diri Sulaiman, lalu ia mengangkat kepalanya dan menoleh kepada anak buahnya:


"Berkata Sulaiman: 'Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.'" (QS. an-Naml: 38)


Perhatikanlah ungkapan fikiran Nabi Sulaiman tersebut. Semua pemikirannya berkisar tentang keislaman, para penyembah matahari; tentang bagaimana beliau dapat memberikan petunjuk kepada mereka di jalan Allah s.w.t. Yang pertama menjawab pertanyaan Sulaiman itu adalah Ifrit dari kalangan jin yang Allah s.w.t telah menundukkan mereka kepada Sulaiman:


"Berkata Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: 'Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya.'" (QS. an-Naml: 39)


Sulaiman berdiri dari tempat duduknya setelah satu jam atau dua jam, namun jin itu berjanji kepadanya untuk menghadirkan singgahsana Balqis sebelum itu. Istana Sulaiman di Palestina sedangkan istana Balqis terletak di Yaman. Jarak antara singgahsana tersebut dan singgahsana Sulaiman lebih dari ribuan juta. Barangkali pesawat yang cepat sekali pun yang kita kenal hari ini tidak akan mampu membawa dan mendatangkan istana itu dalam waktu satu jam. Tetapi masalahnya di sini berhubungan dengan kekuatan jin yang misteri.


Sulaiman tidak mengomentari sedikit pun terhadap apa yang dikatakan oleh Ifrit dari kalangan jin. Tampak ia menunggu tanggapan lain yang mampu menghadirkan singgahsana Balqis yang lebih cepat dari itu. Sulaiman menoleh kepada seseorang di sana yang duduk di atas naungan:


"Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab: 'Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.', maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata: 'Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat- Nya). Dan barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) diriku sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." (QS. an-Naml: 40)


Belum lama seseorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab menyatakan kalimatnya sehingga singgahsana itu bercokol di depan Sulaiman. Ia mampu menghadirkan singgahsana itu lebih cepat atau lebih sedikit dari kedipan mata ketika mata itu tertutup dan terbuka. Al-Quran al-Karim tidak menyingkap keperibadian seseorang yang menghadirkan singgahsana itu. Al-Quran hanya menggaris bahawa orang itu mempunyai ilmu dari al-Kitab. Al-Quran tidak menjelaskan kepada kita, apakah ia seorang malaikat atau manusia atau jin. Begitu juga Al-Quran al-Karim sepertinya menyembunyikan kitab yang dimaksud di mana darinya orang tersebut mempunyai kemampuan yang luar biasa ini. Al-Quran sengaja tidak menyingkap hakikat kitab yang dimaksud.


Kita sekarang berhadapan dengan mukjizat yang besar yang terjadi dan dilakukan seseorang yang duduk di tempat Sulaiman. Yang jelas, Allah s.w.t menunjukkan mukjizat-Nya, adapun rahsia di balik mukjizat ini, maka tak seorang pun yang mengetahuinya kecuali Allah s.w.t. Demikianlah, konteks Al-Quran menyebutkan kisah tersebut untuk menjelaskan kemampuan Nabi Sulaiman yang luar biasa, yaitu kemampuan yang menegaskan adanya seseorang alim ini di majlisnya. Termasuk tindakan fudhul (sok mau tahu) jika orang bertanya siapa yang memiliki ilmu dari al-Kitab ini: apakah Jibril atau Ashif bin Barkhiya atau makhluk yang lain. Juga termasuk fudhul jika kita bertanya tentang al- Kitab ini: apakah orang yang mengetahui isinya menggunakan ismullah al- A 'dzham (nama Allah s.w.t yang agung) untuk menghadirkan singgahsana.


Semua pembahasan seputar masalah ini dianggap fudhul. Betapa tidak, Al-Quran sendiri tidak menerangkan hal itu sehingga rasa-rasanya kita tidak perlu membahas terlalu jauh. Singgahsana itu tampak di depan Sulaiman. Perhatikanlah tindakan Nabi Sulaiman setelah adanya mukjizat ini. Beliau tidak merasa kagum terhadap kemampuannya yang luar biasa; beliau tidak tercengang dengan kekuatannya; beliau mengembalikan keutamaan tersebut kepada Penguasa para penguasa (Allah s.w.t) dan bersyukur kepada-Nya yang telah mengujinya dengan kekuasaan ini agar ia dapat membuktikan apakah ia bersyukur atau mengingkari. Setelah Sulaiman bersyukur kepada Penciptanya, ia mulai memperhatikan singgasana si ratu. Singgasana tersebut merupakan simbol pembangunan dan kemajuan tetapi tampaknya ia hanya sesuatu yang biasa dibandingkan dengan kekuasaan dan kebesaran ciptaan yang dibikin oleh manusia dan jin di kalangan istana Sulaiman. Sulaiman memikirkan dalam tempo yang lama singgasana Balqis kemudian beliau memerintahkan agar singgasana itu diperbaiki sehingga saat Balqis datang Sulaiman dapat mengujinya, apakah Balqis dapat mengenali singgahsananya atau tidak:


Dia berkata: 'Ubahlah baginya singgahsananya;, maka kita akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk orang-orang yang tidak mengenalnya.'" (QS. an-Naml: 41)


Sulaiman memerintahkan agar dibangun istana yang akan digunakan untuk menyambut Balqis. Sulaiman memilih tempat di laut dan ia memerintahkan agar dibangun suatu istana di mana sebahagian besarnya terdiri dari air laut. Sulaiman memerintahkan agar tanah-tanah itu terbuat dari kaca yang tebal dan kuat sehingga orang yang berjalan di atas istana itu akan membayangkan bahawa di bawahnya ada ikan-ikan yang berwarna dan berenang dan ia melihat rumput-rumput laut yang bergerak.


Akhirnya, selesailah pembangunan istana itu, dan saking bersihnya kaca yang terbuat darinya tanah kamarnya sehingga tampak di sana tidak ada kaca. Hud-hud memberitahu Sulaiman bahawa Balqis telah sampai di dekat kerajaannya. Kemudian Balqis datang. Al-Quran tidak menyebutkan keadaan Sulaiman saat menyambut Balqis, namun Al-Quran justru menunjukkan dua sikap Balqis: pertama, bagaimana sikap Balqis ketika pertama kali melihat singgahsananya yang datang mendahuluinya, padahal ia telah meninggalkan pengawalnya untuk tetap setia menjaga singgasana itu; kedua keadaannya di depan tanah istana yang penuh dengan permata yang berenang di bawahnya ikan-ikan:


"Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: 'Serupa inikah singgahsanamu?' Dia menjawab: 'Seakan-akan singgasana ini singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri.'" (QS. an-Naml: 42)


Ayat tersebut menggambarkan kondisi dialog antara Sulaiman dan Balqis. Balqis melihat singgahsananya dan ia tercengang saat mengetahui bahawa itu adalah singgahsananya, namun ia kemudian mulai ragu kerana melihat tidak sepenuhnya itu singgahsananya. Jika itu benar-benar singgahsananya, lalu bagaimana ia datang mendahuluinya dan bila bukan singgahsananya, maka bagaimana Sulaiman dapat meniru se persis dan se teliti ini. Sulaiman berkata saat melihat Balqis mengamati singgahsananya: "Apakah ini singgahsanamu?" Setelah mengalami kebingungan sesaat Balqis menjawab: "Sepertinya benar." Sulaiman berkata: "Kami telah diberi ilmu sebelumnya dan kami sebagai orang- orang Muslim."


Melalui penyataannya itu, Sulaiman ingin mengisyaratkan kepada Balqis agar ia membandingkan antara keyakinannya berserta ilmu yang dicapainya dan keyakinan Sulaiman yang Muslim berserta pengetahuan yang diraihnya. Penyembahan terhadap matahari dan pencapaian ilmu yang dicapai oleh Balqis tampak tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan ilmu Sulaiman dan keislamannya. Sulaiman telah mendahuluinya dalam bidang ilmu kerana keislamannya. kerana itu, sangat mudah baginya untuk mengungguli Balqis dalam ilmu-ilmu yang lain.


Demikianlah yang diisyaratkan pernyataan Sulaiman kepada Balqis. Ratu Saba' itu mengetahui bahawa ini adalah singgahsananya di mana singgasana itu datang lebih dahulu daripada dirinya. Beberapa bahagian dirinya telah diubah. Saat Balqis masih berjalan menuju tempat Sulaiman, ia berfikir: kemampuan apa yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman? Balqis tercengang melihat apa yang disaksikannya yang merupakan buah dari keimanan Sulaiman dan hubungannya dengan Allah s.w.t. Sebagaimana Balqis tercengang ketika melihat kemajuannya dalam bidang pembangunan seni dan ilmu, maka ia lebih kagum lagi saat melihat hubungan yang kuat antara keislaman Sulaiman dan ilmunya serta kemajuannya:


"Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya) kerana sesungguhnya dia terdahulu termasuk orang-orang yang kafir." (QS. an-Naml: 43)


Bergoncanglah dalam benak Balqis ribuan hal. Ia melihat keyakinan kaumnya runtuh di hadapan Sulaiman; ia menyedari matahari yang disembahnya merupakan ciptaan Allah s.w.t di mana Dia menggerakkannya untuk hamba-hamba-Nya. Lalu terbitlah matahari kebenaran pada dirinya. Hatinya diterangi oleh cahaya baru yang tidak akan tenggelam seperti tenggelamnya matahari. Masa keislamannya hanya menunggu waktu. Balqis memilih waktu yang tepat untuk mengumumkan keislamannya. Allah s.w.t berfirman:


"Dikatakan kepadanya: 'Masuklah ke dalam istana.', maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: 'Sesungguhnya ia adalah istana licin yang terbuat dari kaca.' Berkatalah Balqis: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat lalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.'" (QS. an-Naml: 44)


Dikatakan kepada Balqis masuklah ke dalam istana. Ketika ia masuk, maka ia tidak menyaksikan adanya kaca tetapi ia melihat air sehingga ia mengira akan bersinggungan dengan air laut lalu ia menyingkap sedikit bajunya agar bajunya tidak basah. Sulaiman mengingatkannya - tanpa melihat - agar ia tidak khuatir terhadap pakaiannya kerana pakaiannya tidak akan basah, sebab di sana tidak ada air. Ia sekadar kaca yang halus yang saking halusnya hingga ia tidak tampak. Pada kesempatan itulah Balqis mengumumkan keislamannya. Ia mengakui kelaliman dirinya dan ia menyatakan penyerahan diri kepada Sulaiman dan kepada Allah s.w.t Tuhan alam semesta. Lalu kaumnya pun mengikutinya dan mereka memeluk Islam. Balqis menyedari ia berhadapan dengan penguasa yang terbesar di bumi dan salah satu Nabi Allah s.w.t yang mulia. Untuk pertama kalinya wajah Sulaiman tampak dihiasi dengan senyuman yang menunjukkan kepuasannya sejak Balqis mengunjunginya. Demikianlah, Sulaiman mewujudkan kejayaannya yang hakiki dan menyebarkan cahaya Islam di muka bumi.


Al-Quran tidak menyebutkan kisah Balqis setelah keislamannya. Para ahli tafsir mengatakan bahawa ia menikah dengan Sulaiman. Selain itu, ada yang mengatakan bahawa ia menikah dengan salah satu orang dekat Sulaiman. Ada juga yang mengatakan bahawa sebahagian raja Habsyah adalah keturunan dari buah perkahwinan ini. Kami tidak sependapat dengan semua itu kerana Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan semua perincian tersebut. Oleh kerana itu, kami tidak merasa penting untuk menyelami sesuatu yang tidak diketahui oleh seseorang pun.


Sulaiman hidup di tengah-tengah kejayaan dan kemuliaan di muka bumi, kemudian Allah s.w.t menetapkan kematian baginya. Sebagaimana kehidupan Sulaiman berada di puncak kemuliaan dan kejayaan yang penuh dengan keajaiban yang luar biasa, maka kematiannya pun merupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t yang penuh dengan keajaiban. Demikianlah bahawa kematiannya sesuai dengan kehidupannya, sesuai dengan kejayaannya. Allah s.w.t berfirman tentang kematian Sulaiman:


"Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan. " (QS. Saba': 14)


Kemampuan Nabi Sulaiman untuk menundukkan jin dan memperkerjakan mereka serta hubungan mereka dengannya, semua ini menimbulkan fitnah di tengah-tengah manusia dalam hal tertentu, dan kematian Sulaiman merupakan batasan (jawapan) terhadap fitnah ini. Kami tidak mengetahui siapa yang mengklaim bahawa jin mengetahui hal yang ghaib, apakah itu syaitan yang terkutuk atau jin yang bodoh atau manusia yang tertipu. Kami tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab terhadap tersebarnya isu yang keliru ini. Yang kita ketahui adalah, bahawa hal tersebut tersebar dan mempengaruhi sebahagian manusia dan jin. Barangkali manusia berkata kepada diri mereka: Selama jin melakukan perbuatan yang luar biasa ini, maka apa gerangan yang menjadikan mereka tidak mengetahui hal yang ghaib itu.


Manusia itu lupa bahawa kunci keghaiban berada di tangan Allah s.w.t. Masalah ilmu ghaib tidak akan mampu dikuasai oleh jin, manusia, para nabi, dan semua makhluk. Hanya Dia yang mengetahuinya. Allah s.w.t telah merencanakan bahawa kematian Sulaiman pun bertujuan untuk menghancurkan pemikiran ini, yaitu pemikiran bahawa jin mengetahui hal yang ghaib. Jin bekerja untuk Nabi Sulaiman selama beliau hidup, dan tatkala beliau meninggal, maka tugas mereka menjadi bebas. Nabi Sulaiman meninggal tanpa diketahui oleh jin sehingga mereka tetap bekerja untuknya. Mereka tetap mengabdi kepada Sulaiman. Seandainya mereka mengetahui hal yang ghaib nescaya mereka tidak meneruskan pekerjaan mereka.


Pada suatu hari Sulaiman memasuki mihrabnya untuk i'tikaf, ibadah, dan solat. Tak seorang pun berani mengganggu khalwatnya di mihrabnya. Mihrab Sulaiman terletak di puncak gunung dan dindingnya terbuat dari permata. Pada suatu hari Sulaiman duduk bersandar pada tongkatnya dan ia tampak tenggelam dalam tafakur. Beliau berzikir kepada Allah s.w.t hingga rasa kantuk menguasainya lalu setelah itu malaikat maut menemuinya di mihrabnya. Sulaiman pun meninggal. Beliau bersandar kepada tongkatnya. Jin melihatnya dan mengira bahawa beliau sedang solat sehingga mereka pun terus melanjutkan pekerjaannya.


Berlalulah hari-hari yang panjang. Kemudian datanglah rayap, yaitu semut kecil yang memakan kayu. Haiwan itu pun mulai memakan tongkat Sulaiman. Rayap-rayap itu tampak lapar. Sebahagian dari tongkat Sulaiman dimakan beberapa hari oleh rayap-rayap itu. Ketika yang dimakannya semakin bertambah, maka tongkat itu pun menjadi rosak dan jatuh dari tangan Sulaiman. Tubuh mulia itu kehilangan keseimbangan dan terhempas di bumi. Tatkala tubuh suci itu tersungkur, maka manusia segera menuju ke sana. Mereka menyedari dan mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah meninggal dalam waktu yang lama. Jin menyedari bahawa mereka tidak mengetahui hal yang ghaib dan manusia pun mengetahui hakikat ini. Seandainya jin mengetahui hal yang ghaib, nescaya ia tidak akan meneruskan seksa yang hina, mereka tidak akan bekerja.


Demikianlah Nabi Sulaiman meninggal dalam keadaan duduk dan solat di mihrabnya. Lalu berita itu tersebar bagaikan api di bumi. Manusia, burung, dan binatang buas menghantarkan jenazah Nabi Sulaiman. Sekawanan burung tampak sedih dan menangis. Semua makhluk bersedih. Akhirnya, tak seorang pun mengetahui bahasa burung di bumi. Meninggallah seseorang yang memakami pembicaraan burung. Burung- burung itu berkata: "Betapa beratnva kehidupan di tengah-tengah orang yang tidak mengetahui pembicaraan kita."


Kisah Nabi Sulaiman dengan Semut


Kisah 1


Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu
panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh umatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdoa memohon kepada Allah s.w.t agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.


Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil
berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda
Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air- Mu, kabulkanlah permohonanku", doa sang semut kepada Allah s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.


Kisah 2


Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut ke marilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak), jawab si semut.


Tempat Ibadah Sulaiman


Tempat ibadah Sulaiman atau Haikal Sulaiman terletak di Ursyilim (Yarusalem). Ia adalah sentral ibadah kaum Yahudi dan simbol sejarah kaum Yahudi serta sebagai kebanggaan mereka. Raja Sulaiman telah membangunnya dan mengeluarkan harta yang tidak sedikit untuk mendirikannya. Bahkan ia memerlukan seratus delapan puluh ribu pekerja. Sulaiman telah mendatangkan emas dari Thirsis dan kayu dari Lebanon dan batu mulia dari Yaman. Setelah tujuh tahun dari pembangunan yang terus-menerus, Haikal Sulaiman menjadi sempurna. Saat itu ia menjadi kekaguman dan simbol kejayaan di dunia.


Berulang kali ada usaha untuk menghancurkan bangunan tersebut. Orang- orang yang tamak dan para penyerang bertujuan untuk merampas harta benda yang bernilai yang terdapat dalam Haikal Sulaiman. Mereka merosak sebahagian darinya lalu salah seorang raja berusaha memperbaikinya kerana saking cintanya kepada orang-orang Yahudi. Pada kali ini pembangunan tempat beribadah itu membutuhkan waktu empat puluh enam tahun sehingga ia pun menjadi suatu bangunan yang besar yang menakjubkan yang dikelilingi oleh tiga pagar besar. Ia terdiri dari dua halaman besar: yaitu halaman luar dan halaman dalam. Halaman dalam dibangun di atas tiang-tiang ganda yang terbuat dari marmar. Sedangkan halaman luar dari tempat ibadah itu meliputi gerbang-gerbang besar yang ditutup oleh emas dan sepuluh pintu gerbang dilapisi dengan tembaga Kurnusus. Para raja terus memberikan hadiah untuk pembangunan dan penyempurnaan tempat ibadah itu sampai akhir zamannya, sehingga tempat peribadatan itu memuat perbendaharaan harta yang tidak ternilai.


Tujuan utama dari pembangunan Haikal Sulaiman adalah untuk menyembah kepada Allah s.w.t di dalamnya. Tempat ibadah itu merupakan masjid bagi orang-orang yang bertauhid dan orang-orang mukmin. Tentu keindahan dan kebesarannya tidak dimaksudkan memalingkan manusia dari menyembah selain Allah s.w.t. Dan barangkali kebesaran bangunan itu merupakan simbol kekuatan negara dan kekuatan akidahnya. Namun sesuai dengan perjalanan waktu, mulailah terjadi perubahan dan penyimpangan. Seharusnya ibadah hanya ditujukan kepada Allah s.w.t, tiba-tiba kaum berpaling dan malah mengagumi kulit dan meninggalkan hakikat.


Akhirnya, nasib tempat ibadah itu sama dengan nasib yang dialami tempat-tempat ibadah lainnya. Haikal Sulaiman adalah simbol tauhid dan penyembahan kepada Allah s.w.t yang tiada sekutu bagi-Nya. Kemudian berlalulah tahun demi tahun sehingga berubahlah haikal itu menjadi lempengan emas yang mengkilat yang menyembunyikan di bawahnya kepentingan agama Yahudi.


"Orang-orang Yahudi menodai kesucian tempat ibadah itu dan mereka melecehkan keindahannya di mana mereka menjadikannya sebagai pasar, tempat jual-beli. Kemudian tempat itu disesaki oleh para penjual sapi, kambing, dan merpati hingga tempat itu menjadi kotor dan berubah menjadi kandang binatang. Di tempat itu terjadi kegaduhan dan kebisingan di mana orang-orang melakukan transaksi jual-beli dan menukar wang di situ." (Injil Matta)


Ketika tempat ibadah itu kehilangan hakikatnya dan menjadi pasar tempat berdagang, Allah s.w.t mengutus orang-orang yang menghancurkan tempat itu. Allah s.w.t berfirman:


"Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu: 'Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu sekelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka- muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh- musuhmu memasukinya pada kali pertama dan membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat-Nya kepadamu; dan kiranya kamu kembali kepada (kederhakaan), nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahanam penjara bagi orang- orang yang tidak beriman." (QS. al-Isra': 4-8)


Ayat-ayat tersebut menunjukkan tentang hukum azali yang tidak pernah berubah pada kehidupan bangsa dan umat di mana umat itu akan tampak kuat selama mereka berpegangan dengan tali Allah s.w.t dan ketika mereka meninggalkan hakikat kekuatan. iaitu kekuatan yang bersandar kepada Allah s.w.t dan mereka memilih menyembah selain-Nya dan menjadikan dunia sebagai tujuan hidup mereka, maka ketika ini terjadi, Allah s.w.t akan mengutus kepada mereka orang-orang yang menghancurkan mereka.


Para mufasir menyebutkan bagaimana terjadinya peristiwa penghancuran Haikal Sulaiman dan penghancuran Baitul Maqdis. Mereka mengatakan: "Allah s.w.t mewahyukan kepada salah seorang nabi dari kalangan Bani Israil yang bernama Armiya ketika muncul berbagai kemaksiatan di tengah-tengah mereka, hendaklah engkau menyampaikan kepada kaummu dan beritahukan kepada mereka bahawa mereka memiliki hati tetapi mereka tidak mengerti; mereka memiliki mata tetapi mereka tidak melihat; dan mereka memiliki telinga tetapi mereka tidak mendengar.


Kemudian nabi itu menerima wahyu dan ia diperintahkan untuk bertanya kepada Bani Israil, apakah salah seorang mereka merasa gembira ketika bermaksiat kepada Allah s.w.t, dan apakah seseorang merasa sedih dan gelisah ketika taat kepada Allah s.w.t. Haiwan biasanya ingat kepada tempat asalnya dan kembali kepadanya,  sedangkan  kaum  itu justru meninggalkan  asal-muasal mereka yang hakiki, yaitu hakikat tauhid. Jadi, sebenarnya mereka lebih jahat dari binatang."


Demikianlah kalimat-kalimat Ilahi disampaikan di tengah-tengah para pendeta dan para penguasa, namun para pendeta justru membuat tuhan lain selain Allah s.w.t dan mereka menggiring manusia untuk menyembah sesama manusia. Adapun para penguasa, mereka membangkang pada nikmat Allah s.w.t dan merasa tenang dengan azab Allah s.w.t yang dahsyat. Mereka tertipu dengan dunia. Mereka mencampakkan Kitab Allah s.w.t dan melupakan janji-Nya. Mereka mengubah-ubah Kitab Allah s.w.t (Taurat). Mereka menciptakan kebohongan kepada para rasul-Nya dan membunuh mereka tanpa alasan yang benar.


Sedangkan para fuqaha dan orang-orang cerdik, mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan kepentingan mereka. Mereka mengambil sebahagian Kitab dan meninggalkan sebahagiannya. Mereka mendukung para penguasa yang lalim yang membuat penyelewengan dalam agama. Mereka justru mentaati penguasa itu meskipun benar-benar bermaksiat kepada Allah s.w.t. Mereka membatalkan perjanjian dengan Allah s.w.t.


Sementara itu, anak-anak nabi, maka mereka menjadi orang-orang yang kalah. mereka berharap agar Allah s.w.t menolong mereka seperti ayah- ayah mereka ditolong. Mereka tidak ingat bagaimana sikap wara' ayah- ayah mereka dan bagaimana mereka mencurahkan usaha mereka, bahkan darah mereka tertumpah tetapi mereka sabar dan mereka tetap percaya kepada janji Allah s.w.t, sehingga Dia memuliakan agamanya dan memenangkan mereka.


Demikianlah Armiya terus menyiarkan berita tentang kebenaran dan mengingatkan kaumnya dan memberi mereka kesempatan terakhir untuk bangkit dan kembali pada agama tauhid. Kalau tidak, Allah s.w.t akan mengutus kepada mereka seorang penguasa yang bengis di mana pasukannya bagaikan sekawanan awan yang akan menghancurkan bangunan-bangunan yang mereka bangun dan akan meninggalkan desa yang mereka huni dalam keadaan yang mengerikan. Ibnu Katsir berkata dengan menukil apa yang dinyatakan oleh Ibnu Asakir:


"Duhai Ilya dan penghuninya, bagaimana mereka dihinakan dengan pembunuhan dan mereka menjadi tawanan-tawanan yang hina, tempat- tempat istana mereka yang mengagumkan menjadi tempat-tempat tinggalnya haiwan-haiwan buas. Aku akan menghancurkan mereka dengan berbagai azab. Jika langit menurunkan hujan di atas bumi, maka bumi tidak akan tumbuh. Bila tumbuh suatu tumbuhan di bumi, maka itu adalah sebagai rahmat-Ku terhadap binatang-binatang. Jika mereka menanam sesuatu, maka tanaman mereka akan dikuasai oleh hama dan jika ada tumbuhan yang selamat darinya, maka Aku akan cabut darinya keberkahan, dan jika mereka berdoa Aku tidak akan mengabulkan dan jika mereka meminta, maka Aku tidak akan memberi dan jika mereka menangis, maka aku tidak akan menyayangi, dan jika mereka berusaha bersikap rendah diri, maka Aku akan memalingkan wajah-Ku dari mereka."


Ilya menyampaikan kepada kaumnya tentang azab Allah s.w.t yang akan meliputi segala sesuatu, namun orang-orang Yahudi menyambut dakwahnya dengan kebohongan dan kemaksiatan dan mereka menuduhnya dengan kebohongan.


Mereka berkata kepadanya, "Bagaimana engkau berbohong dan mengaku bahawa Allah s.w.t akan menghancurkan bumi-Nya dan masjid-masjid- Nya lalu siapa yang akan menyembah-Nya jika tidak ada seorang pun di muka bumi yang menyembah-Nya, juga tidak ada masjid dan tidak ada Kitab. Sungguh engkau telah gila wahai Ilya." Akhirnya pertentangan antara Ilya dan kaumnya berakhir pada pemenjaraannya. Pada saat yang sama, datanglah pasukan Bakhtansir menuju mereka. Orang-orang Yahudi terkejut ketika mendengar suara derap kaki kuda dan suara panah-panah yang melayang dan bau kebakaran. Pasukan itu memasuki desa-desa dan kota-kota. Mereka mengelilingi segenap penjuru kota dan desa. Pemimpin pasukan itu menyerbu orang-orang Yahudi dan menghancurkan mereka: sepertiga dibunuh, sepertiga ditawan, sementara wanita-wanita tua dan lelaki-lelaki tua dibiarkan hidup.


Baitul Maqdis dihancurkan dan tempat ibadah itu pun hancur. Orang- orang laki-laki dibunuh dan benteng-benteng kukuh pun dibakar, bahkan ulama-ulamanya dan fuqaha-fuqahanya dibunuh dan tak seorang pun hidup di antara mereka. Rumah-rumah orang-orang Yahudi tidak lagi dihuni kecuali oleh burung hantu dan binatang buas. Lalu sebahagian orang-orang Yahudi dari Bani Israil meninggalkan tempat itu dan tempat itu pun menjadi tempat yang tandus untuk waktu yang lama sehingga Allah s.w.t mengizinkan kepada sebahagian cucu dari kaum itu untuk kembali dan mereka pun kembali.


Selama terjadi peristiwa yang berdarah tersebut, Uzair tidur dan dialah satu-satunya yang menjaga Taurat.