Tuesday, April 17, 2012

Andainya saya lebih dulu mengenal Islam



Artikel ini pernah disiarkan pada suatu masa dahulu.Kalau tidak silap saya,sewaktu saya masih belum memeluk islam lagi.Setelah saya memeluk Islam,saya tidak pernah mendengar cerita mengenai beliau,sehinggalah saya terdengar rakan-rakan yang bercerita mengenai beliau.Terima kasih juga kepada pensyarah yang banyak bercerita tentang orang yang memeluk Islam.Nak tahu cerita beliau?Jom..

Nama beliau adalah loo joo ye,beliau masuk islam pada usia 17 tahun,muda lagikan?namun disebabkan umur beliau yang masih bawah umur,dan undang2 yang hanya membenarkan seseorang itu menukar agamanya selepas berumur 18tahun,jadi beliau terpaksalah menangguhkan dahulu borang beliau sehinggalah beliau berumur 18tahun.Beliau juga tidak menukar nama asalnya kerana sekarang seseorang yang masuk islam tidak wajib untuk menukar namanya,cuma berbintikan kepada Abdullah sahaja.

beliau berasal daripada suatu keluarga yang mempunyai anutan agama yang berbeza,contohnya sebelah bapanya adalah buddhist,sebelah ibunya pula kuat dalam pelayanan gereja dalam erti kata yang lain,kuat dalam agama kristian,jadi tidak hairanlah keluarganya amat bantah kepada keputusan beliau.Sama macam saya dulu,kristian ni pun sebenarnya mempunyai banyak cabang-cabangnya,kalau dalam islam kita mempunyai mazhab yang berbeza-beza namun berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah nabi.Begitu juga dalam kristian,namun dalam ajaran kristian ada sedikit perbezaan yang agak ketara.kita sambung cerita beliau.Disebabkan pengaruh ini,maka beliau berhajat untuk menjadi seorang paderi suatu masa nanti.Disebabkan beliau mempunyai ramai rakan-rakan islam,maka mereka sering berdebat mengenai agama masing-masing,malah beliau juga bermatlamat untuk menarik rakan-rakanya masuk kristian.Seperti juga saya pada suatu masa yang dulu,malah saya amat radikal dalam berdebat dengan rakan-rakan islam sewaktu diasrama.

Permulaan hidayah beliau bermula dengan dua perkara yang bagi saya sangat menarik,perhatikan:

Disebabkan beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama islam,maka beliau sedia berdebat dengan rakan-rakannya yang beragama islam.Untuk berdebat dengan rakan-rakan islamnya yang lain,beliau telah mengkaji Al-Quran,membaca kisah nabi dan mengkaji kemunculan islam untuk mencari kelemahan Islam.Itu merupakan permulaan hidayah beliau yang pertama.Semakin beliau mempelajari Al-Quran,semakin beliau tertarik dengan ajaran islam.Malah beliau sendiri mengakui bahawa,dalam kitab Bible banyak yang telah diolah dan diubah suai berbanding dengan Al-Quran yang mempunyai bahasa yang tinggi.Teringat cerita yang diceritakan oleh seorang sahabat,cukuplah saya panggil dia Permata Haty.beliau menceritakan pada saya,pernah suatu ketika dulu ada seorang yang cuba untuk mengarang Al-Quran namun hasilnya amat berbeza daripada Al-Quran yang asal.Sebagai contohnya,'gajah ada belalai,bertukar kepada belalai ada gajah',sungguh indah ayat-ayat Al-Quran subahanallah...Seperti juga saya yang dahulu,kalau diingat balik,memang ada bezanya Al-Quran dan kitab milik kristian,sepertinya saya sendiri pun boleh mengarangnya.Sehingga Loo merujuk kepada Al-Quran,dan hasilnya beliau menemui perkara yang sebenar didalam Al-Quran,malah beliau menceritakan bahawa beliau menemui ketenangan semasa mempelajari Al-Quran,itulah hidayah beliau yang pertama.


Hidayah beliau yang kedua adalah apabila beliau disahkan menghidapi thyroid di bahagian leher.Malah doktor juga telah mengesahkan bahawa,kemungkinan untuk Loo menghidapi penyakit thyroid ialah 90%.Beliau amat sedih dan beliau merasakan itulah penamat bagi hidup beliau yang masih muda.Kawan-kawan beliau banyak memberikan semangat untuk Loo.Terutamanya rakan-rakan islamnya.Selepas itu,rakan-rakannya encourage beliau untuk berdoa kepada Allah taala.Loo mencuba dengan menadah tangan,menangis dan surrender kepada Allah taala.

keesokan harinya,beliau membuat medical check-up dan ajaibnya beliau disahkan tidak menghidapi kanser itu.Kemungkinan besarnya doktor pun sungguh-sungguh terkejut dengan keputusan itu,sedangkan peratusan sebelum itu menunjukkan peratusan yang amat tinggi.

Loo yang terkejut dengan peristiwa itu merasa yakin kepada Allah taala dan pada hari itu jugalah beliau mengucapkan 2 kalimah syahadah.SUBAHANALLAH..Beliau sungguh hiba kerana telah diberi hidayah oleh Allah taala pada usia yang muda iaitu 17tahun sedangkan remaja-remaja yang seusia dengan beliau sibuk bersuka ria dan tersasar dari jalan Allah.Peristiwa ini sungguh menghayat hati,andainya saya lebih dulu mengenal islam..Allah itu maha besar dan maha mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-hambanya,perjalanannya,rezekinya usianya dan setiap perkara yang kita lakukan,kun fayakun,jadi maka jadilah ia....

Setelah beliau memeluk islam,banyak halangan dan cabaran yang dilalui oleh beliau sepanjang bergelar muallaf.Antaranya adalah,beliau dipinggirkan oleh rakan-rakannya yang bukan islam,malah beliau juga dipinggirkan oleh ahli keuarganya sendiri.Betapa pedihnya jika sekiranya seorang anak yang sebelum itu sangat mesra,rapat dengan ibubapa dipingirkan oleh ahli keluarganya sendiri.Keadaan seperti ini membuatkan kita menjadi asing dan sangat sunyi didalam keluarga sendiri.Kita tidak lagi mendapat perhatian,permintaan dan keperluan kita diabaikan.Inilah juga yang saya hadapi ketika memeluk islam,keadaan ini mungkin dihadapi oleh Loo juga.

Namun,Allah itu maha besar,Dia tidak akan sesekali meninggalkan seseorang yang Dia berikan hidayah itu bersendirian.Kalau Loo diberikan keluarga angkat di perak,saya pula dierikan Allah keluarga angkat yang sangat baik di Selangor.Itulah kuasa-NYA,setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.Sbab itu kita mesti beriman kepada Qada dan Qadar.Insyaallah...

harapan Loo adalah,selepas ini ingin berdakwah kepada remaja-remaja yang berada di luar supaya mengingati Allah,dan bukan dengan cara bersuka ria sehinggalah terpesong daripada jalan Allah.Ini jugalah harapan yang saya impi2kan,namun ilmu pengetahuan mesti ada dan mencukupi untuk berdakwah.Selain itu,diri sendiri mesti berubah mencuba untuk lebih baik dari semasa ke semasa mencontohi sifat-sifat Rasullulah.Insyaallah,andai ada 10 pemuda yang yang seperti saiyidina Umar maka bergoncanglah dunia,seperti kata pemimpin indonesia,Soekarno 'BERILAH SAYA 10 PEMUDA,NESCAYA SAYA AKAN MENGGONCANG DUNIA'.


Moralnya,sama-samalah kita menambahkan ketaqwaan kita pada Allah subahana wataallah..dan bimbinglah kami yang masih baru,segar,bimbinglah kami untuk mewarnai taman hati supaya ia kelihatan cantik dan menawan disisi Allah,insyaallah,upahnya besar diakhirat kelak.

Loo boleh dilihat pada tv Al-hijarah pada setiap hari jumaat pagi =) 


















No comments:

Post a Comment